Thursday, November 11, 2010

Tak Serik lagika... Dato Seri??

Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.

Hmmm... muda dan baru.. macam orang muda kat bawah ni ka Dato Seri?? Muda dan baru la orang kat bawah ni.. nasib baikla dia tak lompat masa dia pegang jawatan TKM1 tu.. kalau tak.. lagi haru..

Hish.. Tak serik - serik orang tua ni...


Muka muda dan baru la ni....

Anwar: Pembangkang meletakkan calon muka baru dan muda pada PRU-13

SINGAPURA, 11 Nov – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beribu pejabat di Malaysia bercadang meletakkan muka baru dan muda sebagai calonnya pada pilihan raya umum ke-13 negara itu akan datang.


Pemimpin umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini adalah strategi terbaik parti itu yang akan dilakukan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dipercayai diadakan tidak lama lagi.

Pilihan raya umum ke-13 Malaysia mestilah diadakan pada 2013 atau sebelum 2013.

Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.

Anwar berkata ini adalah selaras dengan jolokan parti itu sebagai parti “Reformasi”, dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.

Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.

Sambil menyatakan beliau optimistik dengan pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata beliau gembira jika pilihan raya itu diadakan tidak lama lagi, berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 4 Nov lepas.

Beliau yang juga ketua pembangkang berkata campuran pembangkang, terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, akan bermesyuarat selepas Hari Raya Haji untuk mengkaji semula keseluruhan program dan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mengenai dakwaan bekas calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkaitan penipuan dalam pemilihan parti, Anwar berkata beliau tidak terbabit dengan pemilihan itu dan menggesa Zaid mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan parti.

Anwar juga membidas beberapa media Malaysia seperti TV3 dan Utusan serta pemimpin Umno yang menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu bahawa negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu jika pembangkang mengambil alih kerajaan. –


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails