Monday, November 29, 2010

SYABAS!! 2015 tarif air Selangor meningkat hingga 82%

Rakyat Selangor akan menikmati peningkatan harga air sehingga mencecah 100% dalam tahun 2015!! Syabas telah mencadangkan kenaikkan tariff air sebanyak 37% pada tahun 2009 dan 25% pada tahun 2012 serta 20% pada tahun 2015 dengan kebenaran oleh Kerajaan Pusat.

CEO Syabas yang juga merupakan Bendahari UMNO Selangor dibayar gaji sebanyak RM5.1Juta setahun atau RM425,000 sebulan ataupun RM13,346.00 sehari..




Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat!

Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.

Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.

Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.


Pelan Syabas:

Tahun dan Kenaikkan Tarif

2009 ~ 37%, 2012 ~ 25% dan 2015 ~ 20%

SYABAS

Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.

RM 325 juta ‘hilang’ apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.

Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM 425,000 sebulan.

RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.

Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.


Pelan Selangor:

Tahun dan Kenaikkan Tarif

2009 ~ 12%, 2012 ~ 12% dan 2015 ~ 12%


Apakah pelan Selangor?

Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.

Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.

Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu "kos pemindahan".

Penekanan terhadap integriti dan ketelusan - seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor - akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.

Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.

Pilihan di tangan anda!

Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah

Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember, 2010 di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Pengurusan Perkhidmatan Air akan lebih terjamin di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat!


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails