Sunday, November 28, 2010

Surat Pecat Jenapala : Siapa Temberang ?

Semalam, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim telah membuat laporan polis kerana mendakwa tandatangannya telah dipalsukan dalam surat pemecatan Jenapala.Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung surat bertarikh 2 Feb 2009, yang kononnya ditulis dan ditandatangani Salehuddin.

Memandangkan Salehuddin merupakan antara 47 orang pemimpin dari PKR yang telah keluar PKR dari semenjak PKN lagi, banyak pihak yang mempertikaikan kredebiliti beliau, ramai yang tidak mempercayai langsung dakwaan beliau itu.

Tindakan Salehuddin itu dengan segera mendapat reaksi dari para Blogger yang menyokong Pakatan Rakyat. malah ada pihak yang meggelar Salehuddin ini sebagai kaki temberang.

Biasalah.. dengan satu kesalahan yang kita lakukan segala kebaikkan yang kita lakukan selama ini akan dipandang sepi.. itu lumrah manusia..

Jika dakwaan Salehuddin itu kita pertikaikan kerana beliau telah bertukar menjadi katak.. bagaimanapula dengan dakwaan yang dibuat oleh Jonson Chong yang disiarkan di dalam blognya dengan entry yang bertajuk “Lies, Damn lies and stupidity” yang juga menekankan bahawa beliau tidak ada keraguan tentang kepalsuan surat pemecatan Jenapala itu.


Menurut Chong “Saya kata tidak ada surat sedemikian dan tidak ada keputusan untuk memecatnya. Yang ada hanya keputusan untuk memecat beliau secara prinsip iaitu jika dia benar-benar didapati terlibat dengan pembentukan satu parti politik yang baru.

“Kemudian, tahu-tahu sahaja saya melihat ada surat yang ditandatangani setiausaha agung parti terdahulu, yang kononnya dihantar kepada Jenapala untuk memecatnya pada Februari 2009. Saya jadi bungkam,” kata beliau calon kerusi naib presiden ini, yang turut menarik diri daripada bertanding.

Terjemahan dari tulisannya itu disiarkan oleh The Malaysian Insider, aku paste dibawah.

Hakikatnya dalam isu pemalsuan surat pemecatan Jenapala ini, kita akan melihat dalam usaha untuk menutup kesalahan seseorang yang telah mengatakan Jenapala telah dipecat dari PKR ada manusia didalam PKR yang sanggup menjadikan dirinya sebagai lembu yang dicucuk hidung..

Atau boleh juga dikatakan dalam usaha yang merealisasikan impian segelintir pemimpin ada manusia yang sanggup bertukar menjadi lembu yang dicucuk hidung!


Surat pecat Jenapala palsu, akui bekas timbalan SU Agung PKR

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Bekas timbalan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jonson Chong hari ini mendakwa parti itu tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memecat seorang lagi bekas timbalan setiausaha agung parti itu P. Jenapala.

Beliau berkata ‘surat pemecatan’ itu sebenarnya adalah palsu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.

PKR sedang melangsungkan kongres nasional mereka di Petaling Jaya.

“Apa yang benar-benar menjijikkan saya ialah hakikat bahawa saya tahu seseorang di ibu pejabat parti tahu bahawa surat itu palsu. Ia dibuat bagi menutup kesilapan tidak disengajakan oleh seseorang apabila mereka mengatakan Jenapala telah dipecat dalam bulan Februari 2009,” kata Chong dalam blognya hari ini.

Chong menjelaskan bahawa beliau merupakan timbalan setiausaha agung yang bertanggungjawab membantu lembaga disiplin menangani kes yang dirujuk kepada mereka oleh Majlis Pimpinan Pusat.

Beliau berkata ketika isu Jenapala timbul semasa pemilihan parti, seseorang dari ibu pejabat telah menghubunginya dan bertanya jika terdapat surat dihantar kepada Jenapala untuk memecatnya.

“Saya kata tidak ada surat sedemikian dan tidak ada keputusan untuk memecatnya. Yang ada hanya keputusan untuk memecat beliau secara prinsip iaitu jika dia benar-benar didapati terlibat dengan pembentukan satu parti politik yang baru.

“Kemudian, tahu-tahu sahaja saya melihat ada surat yang ditandatangani setiausaha agung parti terdahulu, yang kononnya dihantar kepada Jenapala untuk memecatnya pada Februari 2009. Saya jadi bungkam,” kata beliau calon kerusi naib presiden ini, yang turut menarik diri daripada bertanding.

Chong berkata beliau tidak ragu-ragu bahawa surat itu palsu, dan tercengang kerana PKR sanggup berbuat demikian bagi menutup kesilapan yang tidak disengajakan, yang sepatutnya dijelaskan kepada media sebelum beralih ke perkara lain.


PKR guna surat pecat palsu sokong afidavit, dakwa bekas SU Agung

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim hari ini mendakwa ibu pejabat parti itu telah menggunakan surat palsu kononnya ditandatangani beliau, yang mengesahkan pemecatan P Jenapala, yang baru-baru ini meminta mahkamah mengisytiharkan pemilihan tidak sah.

Salehuddin, yang meletakkan jawatan awal tahun, menafikan beliau menandatangani surat seumpama itu dan membuat aduan polis petang ini.

“Pada hari ini, 26 November 2010, pukul 3 petang, saya telah membuat satu laporan polis di balai polis Dang Wangi tentang pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Febuari 2009 yang kononnya dikeluarkan oleh saya selaku Setiausaha Agung PKR pada masa itu.

“Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes saman pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit daripada Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu.

“Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri,” kata Salehdudin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Salehuddin digantikan sebagai setiausaha agung oleh Saifuddin bermula 1 Februari lalu.

Justeru, kata Salehuddin, beliau yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayainya - seolah-olah beliau seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat.

“Saya kepilkan salinan surat tersebut, afidavit balasan saya dan minit mesyuarat Biro Politik PKR pada 30 Ogos 2009, enam bulan kemudian, yang masih lagi mengiktiraf keahlian ahli tersebut.

“Saya berasa kecewa terhadap perilaku mereka di belakang pemalsuan tersebut yang menunjukkan matlamat menghalalkan cara, dan saya berasa amat curiga sekiranya gerombolan-gerombolan tersebut berkuasa di Putrajaya, maka banyaklah institusi-institusi kerajaan yang akan diperkosa seperti yang dibayangkan dalam aduan saya ini,” kata Salehuddin.

Salehuddin berkata beliau akan memanggil satu sidang media dalam masa terdekat berhubung isu tersebut.

“Walaupun saya telah bersara sepenuh masa dari arena politik selama hampir satu tahun, dengan tercetusnya kes ini, saya telah diheret kembali ke dalam kancah politik nasional.

“Walau bagaimanapun, saya menerima cabaran ini demi menegakkan kebenaran sejagat,” kata beliau.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails