Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, November 15, 2010

Semua Pemimpin mahu duduk di bawah ketiak Anwar?

PETALING JAYA: Setiausaha PKR Pahang, Razali Alias berkata, kemelut dalam PKR telah menjejaskan sokongan rakyat kepada parti itu.

Menurutnya, kemelut itu berlaku kerana semua pemimpin PKR mahu bernaung di bawah `restu’ Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini politik yang tidak sihat. Semua berpunca daripada politik naungan kerana masing-masing mahu duduk di bawah ketiak Anwar.

"Semua mahu menjadi orang Anwar, menjadi orang yang dinaungi Anwar," katanya ketika dihubungi hari nini.

Beliau mengulas kemelut PKR yang menyaksikan calon timbalan presiden yang juga Pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan meletakkan semua jawatan parti.


Razali menambah, masa depan PKR kini bergantung kepada sejauh mana pimpinan parti menangani kemelut itu.

Zaid, bekas menteri undang-undang juga dikatakan akan bertindak untuk keluar PKR.

"Kemelut PKR ini berpunca daripada pemilihan secara langsung yang menyebabkan terdedah dengan pelbagai kemungkinan.

"Pemilihan secara langsung, ada baik dan ada buruknya. (Tetapi) Yang buruk telah tersebar keluar, kini orang membuat persepsi buruk terhadap PKR, orang lihat PKR lemah.
"Apa yang berlaku sekarang ialah wujud suasana tidak sihat dalam PKR. Sedikit sebanyak terjejas untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya.

PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan dari cabang (bahagian) hingga presiden melaksanakan satu ahli satu undi – di mana setiap ahli boleh memilih.

Zaid yang menyertai PKR Julai tahun lalu menarik diri dari pertandingan timbalan pesiden kerana mendakwa berlaku ketidaktelusan dan penyelewengan jumlah pengundi. Beberapa pemimpin lain turut menyuarakan perkara sama.

Naib Presiden PKR Azmin Ali kini mendahului seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub. Bagaimanapun, keputusan penuh akan diumumkan dalam kongres parti akhir bulan ini.

Bagaimanapun, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata kemelut dalaman adalan perkara biasa bagi parti politik dan persatuan.

Katanya, mana-mana parti politik akan berlaku kemelut dan masalah dalaman.
"Dalam isu PKR saya tidak nampak PKR kurang sokongan. Sokongan rakyat macam dulu juga. Saya yakin PKR akan berjaya dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.


Free Malaysia Today

8 comments:

Anonymous said...

lantak kamu lah Zaid... sukak hati kamu lah nak tulis apa. Sokongan saya kepada PKR tetap tidak berbelah bagi.. Penulisan kamu begini lah yang menikam kawan sesama kawan.

Anak Sungai Derhaka said...

Apa cerita pulak ni?

Anonymous said...

"...sukak hati kamu lah nak tulis apa. Sokongan saya kepada PKR tetap tidak berbelah bagi.."

bahaya sokongan seperti ini, sokongan akan membawa rebah.. mengapa dikatakan demikian, Jikalah kepimpinan PKR akan mula 'membentuk' seperti kepimpinan UMNO, Adakah akan tetap lagi menyokong parti PKR dan kepimpinan mereka.. Berjiwa dan berprinsiplah wahai ahli PKR..

Anonymous said...

hg buat parti sendiri la ASD oi.
hg la mulia hg la telus hg la adil.
senang crita..pooraahhhhh

Anak Sungai Derhaka said...

Buat yang komen menghentam aku tu..

Hangpa tak reti baca ka, sapa yang kata tu.. Setiausaha PKR Pahang bukan aku..

Aku rasa komen dari yang terakhir tu.. bunyai macam orang yang kalah dalam pemilihan hari tu saja..

Sakit hati tak habis lagi ka? kah..kah..kah..

Anonymous said...

ASD
MUTAKHIR NI SAUDARA TERLALU GHAIRAH DENGAN POSTING CERITA-CERITA YANG BOLEH MENGHANURKAN SEGALA IMPIAN ANGGOTA PKR. APAKAH YANG TERSIRAT DISEBALIK APA YANG TERSURAT? TERLAMPAU BANYAK PELURU YANG SAUDARA BEKALKAN. ADA PERKARA YANG BOLEH DIKONGSIKAN.

TERUSKANLAH PERJUANGAN DENGAN CARA SAUDARA ASALKAN JANGAN SAMPAI ORANG MELUAT DENGAN HANG SUDAH.

Anak Sungai Derhaka said...

Buat Anonymous 2:29AM..

Baru peluru getah tu sedara..

Aku tak mahu jadi penyokong yang membawa rebah..

bunbinban said...

blaja lah menerima kritikan dan mengkritikan. Bkn sbb tak sayang tapi sayang bebeno. Betullah Razali tu ckp, semua nak dok bawah ketiak Anwar sbb manusia jenis tu takde kemampuan tapi hajat besor. Jgn lah jadi bengong, kata nak masuk politik baru so ubahlah perangai taksub tak bertempat ni. Serupa je, Malaysia nak jadi negara maju tapi perangai pemimpin dan rakyat masih dok dlm kelas dunia ketiga.....

Archive

Related Posts with Thumbnails