Monday, November 15, 2010

Saya belum keluar PKR lagi... - Dato Zaid

Akhbar The Star hari ini melaporkan bekas calon timbalan presiden PKR itu telah membuat keputusan untuk keluar parti tapi Dato Zaid berkata kepada Bernama hari ini.. “Belum keluar parti, mungkin tidak lama lagi,”.


Zaid tidak tolak kemungkinan keluar PKR

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim hari ini tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan.

“Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi,” katanya menerusi SMS kepada Bernama, di sini.

Akhbar The Star hari ini melaporkan bekas calon timbalan presiden PKR itu telah membuat keputusan untuk keluar parti, dengan mengatakan bahawa beliau telah muak dengan pergolakan dalaman parti.

Zaid juga dilaporkan berkata bahawa “beliau tahu masanya sudah suntuk untuk terus berada dalam PKR ekoran serangan bertali arus ke atas peribadinya oleh pemimpin-pemimpin parti”.


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 Nov lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Dalam kenyataan di blognya, Zaid berkata pucuk pimpinan PKR tidak langsungcuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.

Pada 9 Nov lepas, Zaid turut menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti Mohamed Azmin Ali supaya berundur dan mendakwa kedua mereka adalah punca segala masalah dalam parti.

Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails