Monday, November 8, 2010

Salahkan Blogger!! bukan diri sendiri...

1) Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai "kenyataan liar Haris". Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan.

2) “Saya memandang berat dakwaan ini dan saya menggesa agar siasatan mendalam dijalankan berhubung perkara ini,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditanya tulisan Haris semalam.

3) Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali pula berkata, “anggota-anggota PKR harus waspada terhadap blog-blog dan laman-laman web yang menabur pelbagai fitnah untuk gagalkan pemilihan parti. Mereka punya agenda buruk”

Petikan kenyataan di atas adalah jawapan daripada pimpinan atasan terhadap apa yang disifatkan sebagai “kenyataan liar”. Ada yang mengatakan dakwaan tersebut adalah satu fitnah terhadap Azmin Ali, ada yang mengatakan ini kerja2 “trojan horse” yang ingin melihat PKR hancur dan gagal dalam misi Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putrajaya.

Walau apa pun teori dan persepsi, masing2 boleh membuat penilaian tersendiri. Dari pendapat gua, jika dakwaan yang sebegini berat disiarkan oleh blogger, maka menjadi tanggungjawap pimpinan untuk menyiasat dan memperbetulkan keadaan. Bukannya menjadi “bangau oh bangau” menuding jari terhadap blogger.


Kebanyakkan Blogger tidak mendapat apa2 manfaat dari “kenyataan liar” ini, apatah lagi mendapat sebarang bayaran untuk menjahanamkan partai. Ada dikalangan blogger yang rapat dengan kepimpinan dan mendapat akses tertentu, ada juga blogger yang melihat sendiri korupsi yang berlaku dan sebagai contoh, bagaimana politik wang berleluasa dalam pemilihan kali ini secara jelas dan terang. Bagaimana wang RM100 dihulurkan kepada setiap pemilih. Jadi bukankah ini amalan lapuk dari umnoapco yang diserapkan dalam parti.

Contoh…, ini ada satu cabang (kawasan parlimen YB), yang dulunya semasa kempen pilihanraya hanya memperuntukkan RM22 ribu sahaja, tetapi untuk pemilihan cabang menghabiskan RM200 ribu untuk kempen.... banyaknya duit dia… tapi bukannya duit dia pun… hahaha…

Justeru itu, kepada Dr Syed Husin Ali, janganlah menghina blogger setelah mendapat kuasa, blogger menegur kerana sayangkan partai dan tidak ingin melihat apa yang selama ini diperjuangkan menjadi sia-sia belaka dengan salahlaku dan permainan kotor segelintir pimpinan atasan akibat mabuk kuasa dan gila jawatan.

Janganlah apabila sudah berada di atas maka aspirasi ahli bawahan tidak dipedulikan, janganlah menganggap ahli bawahan itu sebagai anjing/pencacai yang harus patuh setiap masa hinggakan apa saja pimpinan atasan lakukan tidak boleh ditegur, walaupun nampak keji tetapi di larang untuk menyalak… itu perangai umnoapco yahudi melayu laknatullah namanya. Jika begitu jangan gunakan nama KEADILAN… kerana ianya telah jauh menyimpang dari definasi “KEADILAN” yang sebenar.

Sebagai contoh lagi, janganlah jadi seperti salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, apabila kalah di cabang beliau sendiri barulah nak sedar akan rungutan masyarakat terhadap dirinya selama ini. Maaflah… sudah terlambat beb… kalau lu hantuk kepala kat dinding sekalipun tak akan mengubah apa2. Selama ini apabila mendapat teguran secara baik, lu berlagak bodoh sombong... sekarang ini ahli yang cerdik dah tak pandang sama lu… baru lu ada akai sikit…

Secara kesimpulannya, Pimpinan PKR harus menyiasat perkara ini secara telus, jika tidak cita2 Pakatan Rakyat untuk ke putrajaya melalui PRU-13 nampaknya akan semakin pudar dan malap gara2 hilangnya keyakinan penyokong terhadap pimpinan partai, malahan ada juga dikalangan pimpinan sendiri yang bergaduh.

Jika ini berterusan maka harapan gua secara peribadi dan rakyat yang mahukan untuk melihat perubahan Kerajaan Persekutuan dengan menguburkan BN dalam PRU-13 sekaligus mengembalikan ketelusan dan hak rakyat serta ingin melihat sebuah negara dimana Agensi Kerajaan seperti Polis, Spr, Sprm, Badan Kehakiman, mana2 GLC serta Institusi Kerajaan dan sebagainya BEBAS dari cengkaman Politik BN dan umnoapco semakin hancur dan tidak kesampaian gara2 makhluk2 hampeh dan gampang yang gila jawatan dan kuasa.

Semoga Pakatan Rakyat khususnya PKR dapat membetulkan keadaan dan kembali bersatu demi PRU13. Jika perlu digantikan Anwar Ibrahim... cari dan kemukakanlah calon yang sesuai bagi mengantikan beliau, sebab beliau pun bukannya maksom seperti Rasul... pemimpin datang dan pergi, untuk itu berlapang dadalah untuk menerima kenyataan tersebut. Kerana partai mendokong perjuangan dan suara keramat rakyat, bukannya suara perjuangan individu. Harap maklum....


Aku Copy dari Blog Ikut Suka AKu

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails