Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, November 13, 2010

Saifudin Nasution Khianati kami - PKR Kuala Nerus

Ini adalah kenyataan Media dari PKR Cabang Kuala Nerus yang telah aku terima melalui e-mail..

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan di SINI pemilihan pusat dan peringkat cabang PKR Kuala Nerus tergendala kira-kira dua jam ekoran tindakan “memulau” sekumpulan pemimpin yang tidak berpuas hati dengan keputusan ibu pejabat mengarahkan pemilihan dan mesyuarat agung tahunan bahagian itu diadakan semula.

KENYATAAN MEDIA.
Sabtu 13hb November 2010.

Kami amat menyesali dengan tindakan ini tetapi demi mempertahankan prinsip keadilan, prinsip yang diyakini bahawa kami dipihak yang benar dan Setiausaha Agung (Saifudin Nasution Ismail) serta pihak JPP dan Jawatankuasa Disiplin telah, dengan sengaja, mengkhianati dan menzalimi kami dengan sokongan tangan-tangan ghaib diperingkat pusat yang sejak dari mula lagi terlibat dengan manipulasi dalam urusan Pemilihan Cabang.

Setelah Setiausaha Agung, Saifudin Nasution Ismail mengambil alih mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Jawatankuasa Disiplin PKR yang asalnya diketuai oleh Dr. Molly Cheah dan dianggotai oleh diantaranya Malek Hussain, Sabaruddin, Raden Shamsul Akmar, beliau membuat keputusan untuk mengadakan semula Pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) di Cabang Kuala Nerus dengan memasukkan semula nama calon Ketua Cabang iaitu Muzafeq yang mana sejak dari mula lagi telah dibatalkan oleh JPP kerana penama tersebut hilang kelayakkan oleh sebab-sebab seperti yang telah dimaklumkan dalam lampiran bukti ‘Borang Bantahan Pencalonan’ tempohari. Dan Jawatankuasa Disiplin pula tidak mengambil sebarang tindakan keatas individu-individu yang terlibat memulakan serta melakukan pergaduhan dan kekecohan pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.


Semasa Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, pihak Pengawas Pemilihan JPP yang telah dihantar oleh PKR Pusat seramai (4) empat orang yang diketuai oleh saudara Faizul Latif, telah dengan sengaja tidak melapurkan kejadian dan situasi sebenar kepada Pusat, dan telah membuat keputusan yang amat tidak rasional dan diluar autoriti beliau (kerana telah diugut) sepertimana yang telah diarahkan oleh Raden Shamsul Akmar (SUK Pusat cum Penyelaras JPP). Ini adalah satu agenda JAHAT DAN KHIANAT yang telah dilakukan oleh mereka. Semoga mereka yang terlibat dilaknat Allah swt. Kami sedikitpun tidak akan Redha dengan perkara ini.

Setelah Surat Protes Rasmi yang menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di MATC pada 25hb September yang lalu dan Lampiran Laporan Polis yang telah dibuat, pihak SUA dan JPP telah tidak mengambil kira aduan tersebut dan ini merealisasikan sikap sebenar mereka dan ‘double-standard’ yang diamalkan oleh individu oportunis dan hipokrit di Pimpinan Pusat yang didalangi sepenuhnya oleh Saifuddin Nasution Ismail (SUA) .

Sebagaimana kenyataan media dari JPP pada 29hb September 2010 oleh Dr.Molly Cheah dan arahan dari Presiden bahawa JPP akan bertindak tegas dan memecat ahli yang terlibat mencetuskan kekecohan dan pergaduhan pada MATC lalu nampaknya hanya retorik semata-mata.

Majlis Pimpinan Wanita dan seluruh Jawatankuasanya yang berhak hadir dalam MATC telah memutuskan untuk tidak bersetuju diadakan semula Pemilihan di MATC kerana mereka mengalami kesan trauma dengan keganasan yang dicetuskan pada hari tersebut.

Kami berpendapat pihak SUA dan JPP serta mana-mana individu yang terlibat, telah meremeh dan merendahkan minda, moral dan maruah kami. Kami rasa perjuangan menegakkan keadilan dinegara ini tidak akan terlaksana selagi golongan opportunis seperti ini terlibat didalam PKR yang mana individu-individu ini hanya muncul apabila tiba masa memungut, merampas hasil titik peluh, jerih payah yang telah disemai,dibaja dan dituai oleh kami sejak dari zaman reformasi lagi.

Oleh itu, diatas sebab persoalan tentang ketelusan, kepincangan dan berat-sebelah pihak Pusat, kami seluruh Pimpinan dan Jawatankuasa Cabang, bersama dengan seluruh Pimpinan Wanita dan AMK, dengan berat hati mengisytiharkan Perletakan Jawatan dalam Parti peringkat Chabang berkuatkuasa serta merta dan memutuskan untuk menarik diri dari bertanding semua jawatan dalam Pemilihan Chabang dan menyerahkan urusan pentadbiran Cabang Kuala Nerus kepada Majlis Pimpinan Negeri Terengganu.

Lawan tetap Lawan.
Sekian.


Wan Bukhari Wan Mohamad.
Keahlian No. T030000378.
(Ketua Cabang Kuala Nerus).

Raduan Bistaman.
Keahlian No. T030000390.
(Setiausaha)

8 comments:

azza said...

Bodoh punya cabang buat kenyataan yg rosakkn parti sendiri.

Anak Sungai Derhaka said...

Azza.. Anwar Ibrahim selalu berkata... "Tak kena kat hang..tak apa la, cuba kena kat hang tengok, apa hang nak kata?"

Anonymous said...

Itulah bakal pemimpin negara dari acuan parti PKR...

Ini balasan kepada pemimipin mengata orang cukup pandai..semua tak betul, hanya mereka PKR&PR aje yang betul,mendakwa 'PAKATAN' mereka ada pemimpin2 maksum, sekarang Allah SWT perlahan-lahan telah menperlihatan diri mereka(PKR/PR) sebenar...kalau sekali gus pasti rakyat tak percayai...yang pasti..KEBENARAN AKAN DATANG DAN YANG BATIL AKAN PERGI.

P/S: Bak pepatah..sepandai tupai melompat, pasti suatu hari ia jatuh ke tanah.

Anonymous said...

konsep dia mcm kapal la..kena ikut ckp kapten baru smpai ke destinasinya..klu semua anak kapal nk bg arahan alamat x smpai la..silap2 tenggelam..
mmg susah nk puaskan hati semua pihak..tak bleh kali ni..lain kali pulak la..bkn semua yg dok atas tu x bleh jatuh..
yg penting sesama kita mesti bersatu..tak payah nk letak jawatan la, nk wat press conference la..suma ni punca..
baru 1st time..nk perfect tu susah la..pelan2 la kita buat..
buruk2 pemilihan PKR ni pun BURUK lg pemilihan cawangan n bahagian umNO..sapa yg pernah p dia tau la..

sekian.

Anonymous said...

aku sebenarnya amat2 sedih kepada ahli2 PKR yg secara terbuka menyuarakan keburukan benda2 simple macam nih.. ia sekaligus mengganggap ia akan menjadi pancing percuma kepada umngok untuk menghentam secara terbuka untuk menjatuhkan PKR dalam menghadapi PRU13 tahun depan...


aku jugak amat sedih bila melihat anwar dan azmin yg sentiasa kehulu kehilir bekerja tanpa henti dari zaman reformasi hingga PKR menjadi gah seperti sekarang, tetapi kerana beberapa ahli yg mula tunjuk gila kuasa, tak mustahil PKR akan menjadi lemah dan memalukan akan datang...tolong lah wahai ahli PKR... fikirkan parti dan hala tuju PKR membawa malaysia kearah kemajuan...

debatrakyat said...

Azza ini ibarat parti PKR le, bila kepincangan, penipuan dan manupulasi pemilihan yang kononnya demokrasi ini didedahkan oleh cabang2, mereka digelar sebagai bodoh.

Inilah bibit2 kemusnahan PKR.

Bekas PKR said...

Aku dah menyampah dengan PKR. Parti ini dah jadi sampah. memalukan

farouqlion said...

Pengalaman bersama PKR dlm beberapa aktiviti terserlah bahawa Species UMNOk, budaya kerja UMNOk, perangai UMNOk masih berleluasa dlm PKR. Kini reformasi minda amat diperlukan oleh ahli PKR yg semestinya didokong oleh mereka yg bukan dari ACUAN YG SAMA. NURUL IZZAH, TIAN CHUA DAN GOBALAKRISHNAN DAN SEANGKATAN DGN MEREKA mungkin boleh menerajui arus reformasi kedua, Insya'Allah.

Archive

Related Posts with Thumbnails