Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, November 16, 2010

Prof Dr Agus kata Pengunduran Zaid merugikan PKR

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Pengunduran Dato Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merugikan parti itu dan juga Pakatan Rakyat (PR) secara umumnya.

Demikian pendapat Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Profesor Dr Muhammad Agus yusof kepada FMT hari ini ketika diminta mengulas kemelut yang melanda PKR.

Menurut beliau, penyertaan Zaid dalam PKR merupakan peluang terbaik untuk PKR bersama parti-parti lain dalam PR dalam usaha menawan Putrajaya.

"Apabila Zaid menyertai PR, ia adalah satu peluang yang baik untuk PR, khususnya PKR sendiri untuk menang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya.

"Pengalaman politik beliau boleh membantu PKR. Selain itu karisma dan ideanya juga banyak menarik rakyat untuk memberikan sokongan kepada PKR.


"Namun apabila beliau keluar parti, tentulah peluang terbaik itu hilang begitu sahaja dan ini merugikan PR dan PKR sendiri," kata beliau.

Prof Dr Agus juga berpendapat PKR terlalu banyak kelemahan hinggakan masalah-masalah yang sepatutnya boleh ditangani segera berlarutan dan membawa pengunduran Zaid.

"Apa yang berlaku dalam pemilihan PKR memang menjelaskan lagi kepincangan dalam sistem pemilihan yang ada dalam PKR sekarang.

"PKR harus lebih bijak mengatasi konflik dalam parti dan saya juga melihat PKR tidak mempunyai kecekapan menguruskan masalah-masalah dalaman parti hingga masalah dibiarkan erlarutan," ujar beliau.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) turut dilihat begitu lambat bertindak dan masih terperangkap dengan wabak sindrom penafian dan sindrom bisu.

"Kalau pemimpin parti segera bertindak tegas mengatasi masalah berkenaan pemilihan yang dianggap sebagai penuh penipuan oleh sesetengah calon, tentu PKR tidak perlu menghadapi kemelut yang semakin parah ini.

"Tindakan mendiamkan diri dan berterusan menafikan aduan-aduan ahli dan calon adalah tindakan yang tidak bijak dan salah," katanya.

Prof Mohd Agus juga tidak menolak dakwaan pihak-pihak tertentu dalam dan luar parti bahawa PKR kini dikuasai oleh segelintir pihak dalam parti.

"Walaupun PKR mendakwa keadilan untuk semua, tetapi apa yang dilihat kini seperti membenarkan dakwaan bahawa PKR dikuasai oleh segelintir pemimpin dalam parti," kata beliau lagi.

Beliau turut berpendapat PKR harus lebih banyak belajar untuk menganalisa dan membuat keputusan dengan tepat dan pantas bagi menjamin kemelut dalaman dapat dibendung.


Free Malaysia Today

4 comments:

TheSniper said...

Nak buat camana dah! kasihsayang Anwar kepada Azmin melebihi segala-galanya!

Anak Sungai Derhaka said...

Nasib kita la...

Anonymous said...

Taji seseorang ditentu oleh Allah,biarlah rezeki dia,yg kau sebuk jelouskah,itulah melayuuuuuu...

Anonymous said...

Seorang lagi Prof. kangkung dok buat komen. Kalau dah tau PKR tu parti cap ayam, kenapa si Zaid tu gila sangat nak jadi ahli PKR. Dia datang tak dijemput dan perginya juga tidak di halau. Hanya kami yang dah lama saja tau akan perjalanan Parti reformasi tu. Orang lain termasuklah prof. kangkung ni hanya tahu membuatkan PKR ni sebagai "Punch bag" setelah sekian lama PAS sudah menjadi punch beg UMNO/BN. Sorry Prof. beginilah standard Prof U kat malaysia?memalukan.

Archive

Related Posts with Thumbnails