Saturday, November 27, 2010

Penyokong Kottapan buat kecoh luar Kongres PKR (Video Inside)

Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Penyokong bekas Ketua Cabang PKR Kota Raja S Kottapan hari ini mengadakan protes penganjuran Kongres Nasional PKR kali ketujuh di luar Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kira-kira 50 penyokong Kottapan hadir sejak awal pagi tadi membawa sepanduk dan kain rentang bagi menunjukkan bantahan terhadap salah laku Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan campur tangan pemimpin tertinggi PKR sepanjang pemilihan parti diadakan.

Namun kehadiran mereka di luar pintu masuk utama MBPJ bagaimanapun tidak disenangi jawatankuasa keselamatan PKR yang bertugas sehingga menyebabkan timbulnya berlaku perang mulut dan provokasi dengan penyokong Kottapan.


Jawatankuasa keselamatan PKR mula bertindak merampas sepanduk dan kain rentang dan mula menggesa penyokong Kottapan agar meninggalkan perkarangan MBPJ, manakala pihak media dan perwakilan lain yang memerhatikan suasana itu digesa masuk ke dalam dewan.

Keadaan menjadi tegang sehingga ada petugas media dikasari dan ditolak oleh jawatankuasa keselamatan PKR.

FMT difahamkan, wartawan portal berita Agenda Daily yang menjadi mangsa kekecohan itu membuat laporan polis kerana dikasari petugas Kongres.

Pertikaman lidah juga berlaku antara Kottapan dan penyokong PKR lain yang mengikuti Kongres dengan kata-kata "Kottapan sudahlah, awak bukan ahli PKR lagi!"…"Saya masih ahli lagi selagi saya belum terima surat!".

Sementara itu, Kottapan ketika ditemui pemberita berkata, beliau kecewa dengan JPP dan pemimpin tertinggi yang sehingga kini masih mengendahkan aduan yang dikemukakannya mengenai kepincangan pemilihan peringkat Cabang.

"Sehingga sekarang saya masih tidak serima respon. PKR tidak mampu memberi keadilan kepada ahlinya sendiri. Bagaimana mahu yakinkan rakyat PKR mampu memberi keadilan kepada rakyat yang lain?

"Kalau begini caranya PKR menganggap partinya sebagai demokrasi, tidak mustahil selepas ini mungkin ramai yang akan keluar PKR," katanya.

Kumpulan protes itu kemudiannya bersurai kira-kira sejam kemudian, sejurus sebelum perasmian Kongres bermula.




Berita : Free Malaysia Today
Videoclip : Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails