Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, November 1, 2010

Pemilihan PKR : Zaid dan Chegu Bard berada di depan..

Satu keputusan yang memang mengecewakan beberapa kerat pemimpin di dalam PKR..

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Keputusan rasmi tiga hari pertama pengundian pucuk kepimpinan pusat PKR menunjukkan Datuk Zaid Ibrahim dan Pengarah Strategi Tian Chua berada di depan dalam saingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Keputusan yang dikeluarkan ibu pejabat PKR pagi ini menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan memperoleh 3,683 undi manakala Naib Presiden Azmin Ali mendapat 3,051 undi.

Seorang lagi calon jawatan itu Mustaffa Kamil Ayub, yang juga naib presiden semasa, mengumpulkan 1,241 undi.

Bagi pemilihan sayap pemuda — Angkatan Muda Keadilan — muka baru Badrul Hisham Shaharin berada di depan dan sebagaimana diramalkan, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin mendahului saingan dengan selesa.


Sebanyak 68 cabang selesai mengadakan pengundian sehingga semalam. Ia bermula Jumaat lalu.

Pengundian akan diadakan di cabang-cabang lain sepanjang tujuh hari lagi secara berperingkat-peringkat. Pengundian cabang Pasir Mas yang sepatutnya diadakan Jumaat lalu juga telah ditangguhkan sehingga 6 November.

Chua, Ahli Parlimen Batu menerima 3,621 manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memperoleh 3,543 undi dan Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh dengan 2,895 undi.

Nurul Izzah mendahului saingan hari pertama yang menyaksikan sembilan cabang melangsungkan pengundian.


The Malaysian Insider

1 comments:

Anonymous said...

Kepada sebahagian ahli PKR yang kecewa dengan keputusan ini, terimalah dengan hati terbuka. Pemilihan ini membuktikan kematangan demokrasi masih lagi subur di negara Malaysia tercinta ini melalui Parti Keadilan Rakyat.

Zaid dan Azmin merupakan dua pemimpin yang hebat di dalam PKR dan mereka saling memerlukan bagi memperjuangkan keadilan kepada rakyat.

Apa yang penting kini adalah matlamat perjuangan parti dan segala perancangan mesti berjalan dengan lancar agar PKR dapat menawan Putrajaya dan membawa perubahan yang baik kepada agama, bangsa dan negara. :-)

achmad abdollah

Archive

Related Posts with Thumbnails