Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, November 9, 2010

Pemilihan PKR : Tempoh 48 Jam diberikan!

Dua calon telah bersuara kini.. Mustaffa Kamil Ayub dan juga Dato Zaid Ibrahim.. adakah Presiden dan JPP akan terus memekakkan telinga demi mereliasasikan agenda yang semakin jelas atau menurut kehendak mereka berdua dan juga ahli di akar umbi.

Pendapat aku.. lebih baik dibatalkan.. sebelum semua kelemahan didedahkan kepada umum.. kelemahan yang mungkin akan menjadikan PKR dianggap sama dengan UMNO!

Batal dan adakan semula pemilihan, kata dua naib presiden PKR
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Seorang lagi calon jawatan timbalan presiden PKR menggesa agar pemilihan pusat bersejarah parti itu — kaedah langsung — dibatalkan serta-merta dan diadakan semula pengundian dengan menyelesaikan segala aduan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Mustaffa Kamil Ayub, yang kini merupakan salah seorang naib presiden menegaskan, beliau memberi tempoh 48 jam kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) agar mengambil kedua-dua tindakan itu.

“Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini.


“Sekiranya tindakan pemberhentian pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

Terdahulu Mustaffa turut hadir pada sidang media dipanggil oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang semalam memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung.

Menurut Mustaffa, pemilihan kepimpinan pusat PKR sehingga kini telah membawa kepada 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.

“Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan Pengerusi JPP,” katanya.

Kata beliau, antara lain dalam memorandum ini pihaknya mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus, yang diperkenalkan amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan perwakilan ketika meluluskan pindaan perlembagaan tahun lalu.

“Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil.

“Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang di antara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi,” katanya.

Kata Mustaffa, beliau percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia.

Semalam, Mustaffa memberitahu The Malaysian Insider bahawa sama ada beliau akan mengikut langkah Zaid ataupun sebaliknya terserah kepada tindakan JPP ke atas memorandum komprehesif itu.


The Malaysian Insider

1 comments:

Anonymous said...

Ditanya siapa yang sepatutnya menjadi ketua PKR yang baru, Zaid dalam nada gurau berkata: "Saya fikir saya boleh. Tetapi terpulang kepada rakyat menentukannya.”

KAH KAH KAH KAH

ni sama mcm zul nordin..lawyer putar belit..
dia kluaq umNO sbb dia tau dia akan kena tendang bila najib naik..
ada hati nk buat PKR parti dia..poorahhh
baru pemilihan parti dah buat truk..kalah lain tahun la bertanding lg..nk bg pecah belah buat apa..camni langsung x layak..masa batu sapi n galas hg p mana zaid oi?!!
jgn pcaya org yg xdak kesetiaan..ni ada potensi jd KATAK

Archive

Related Posts with Thumbnails