Friday, November 12, 2010

Parti Baru? .. Jangan buat kerja gila Dato..

Tidak dapat kita nafikan.. jumlah yang mengundi Dato Zaid dalam Pemilihan PKR ini adalah tinggi, beliau diundi kerana beliau adalah pemimpin PKR yang turut bertanding membawa wawasannya yang tersendiri.. Tapi rasanya untuk turut menyertai 'PKR Baru' yang dicadangkan oleh beliau adalah sesuatu yang tidak mungkin bagi yang telah lama bersama dengan PKR ..

Kita berperang dalam rumah saja.. kalau sampai nak melompat keluar rumah menjadi Panglima Perang Anwar Ibrahim yang ke 45 melompat keluar.. (ada orang kata yang ke 51) kemudian menyerang.. saya rasa itu kurang bijak.. dan bagi yang telah diistiharkan kalah dalam pemilihan yang lalu.. he..he.. lagi 3 tahun kita berperang lagi..

Teliti semula hasrat tubuh parti baru, Azmin nasihati Zaid

SHAH ALAM, 12 Nov — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang mendahului persaingan jawatan timbalan presiden menasihatkan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim meneliti semula sebarang hasrat untuk menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat atau disingkirkan daripada parti itu.

Menurut Azmin, cadangan itu diharap tidak akan berlaku kerana mengikut fahamannya, Zaid menyertai PKR dengan semangat untuk bersama-sama dengan pimpinan dan anggota PKR bagi meneruskan agenda reformasi serta melakukan perubahan.

Zaid, bekas pemimpin Umno, menyertai PKR pertengahan tahun lalu dan kini beliau juga merupakan penyelaras Pakatan Rakyat.


“Dalam konteks ini, kita berharap beliau dapat meneliti semula keputusan itu dan dapat meneruskan perjuangan dalam semangat muafakat untuk bersama-sama dengan PKR bagi meneruskan agenda perubahan,” katanya di sini hari ini.

Azmin mengulas kenyataan Zaid yang tidak menolak kemungkinan menubuhkan parti baru sekiranya dipecat daripada PKR kerana membuat saranan supaya penasihat parti itu Datuk Anwar Ibrahim dan naib presiden itu sendiri supaya berundur.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal dihadapi Zaid berikutan kenyataannya itu, Azmin dipetik Bernama berkata, perkara itu akan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk menentukan bentuk tindakan kepada mana-mana anggota PKR yang telah melakukan kesalahan berdasarkan perlembagaan dan peraturan parti.

“Jawatankuasa disiplin kena buat cadangan pada Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat untuk diputuskan dan setakat hari ini kita belum terima sebarang cadangan daripada jawatankuasa disiplin. Kita akan teliti sebaik sahaja kita terima,” katanya.

Isnin lalu, Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan juga melepaskan semua jawatan dalam parti itu dengan alasan “terdapat penipuan dalam pemilihan”.

Berikutan keputusan Zaid itu, pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kini melibatkan Azmin dan Mustaffa Kamil Ayub.

Berdasarkan pengundian lima hari pertama, Azmin telah mengumpulkan 6,467 undi manakala Zaid di tempat kedua dengan 3,988 undi manakala Mustaffa pula 1,215 undi.

Zaid memutuskan untuk menarik diri atas dakwaan proses pemilihan diselubungi kecacatan dan manipulasi.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails