Sunday, November 7, 2010

Najib keluar hospital hari ini

2010/11/07

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke hopital itu sejak Khamis lalu.

"Beliau respon baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa," kata Ketua pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan di sini, hari ini.

Najib pada mulanya dirawat kerana cacar tetapi, Khamis lalu beliau dimasukkan ke hospital itu berikutan rasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan.

Dr Mohd Ismail berkata, cacar air pulih dengan baik dan doktor menasihati beliau agar berehat di kediaman.

Perdana Menteri dijadual mengikuti pemeriksaan perubatan dalam masa beberapa hari, kata beliau.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan HKL dan doktor peribadinya kerana dedikasinya dalam tidak terhingga dalam menjaga kesihatan beliau. - BERNAMA

Kat bawah ni.. berita semalam.. memang benar Najib sudah sihat.. tengok atas meja dalam gambar tu, punya banyak makanan..

Najib Bersemangat Tinggi, Semakin Beransur Sembuh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakbersemangat tinggi dan terus menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Sabtu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis telah pun dapat diatasi.

"Beliau kini mengikuti diet biasa," katanya kepada Bernama.


Mohd Ismail berkata Perdana Menteri dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi.

"Datuk Seri Najib mengucapkan terima kasih kepada pengirim ucap selamat yang mendoakan beliau supaya cepat sembuh," katanya.

Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Khamis untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut.

Sementara itu di HKL, Perdana Menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima kunjungan ibunya Tun Rahah Mohd Noah dan adik beliau Datuk Mohamed Nazim Razak.

Sejak kira-kira 12 tengah hari, beliau turut dikunjungi beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed.

Turut melawat beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Koh Tsu Koon serta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Hadir sama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hassan Malik, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang serta Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails