Thursday, November 25, 2010

Lim Chong Eu dah Mati.

GEORGE TOWN, 25 Nov — Bekas ketua menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu, meninggal dunia pukul 9.07 malam tadi setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang selama hampir sebulan akibat serangan angin ahmar.

Dr Lim berusia 91 tahun.

Anak sulungnya Lim Chien Aun berkata Dr Lim (kanan) meninggal dunia di rumahnya di Tanjong Bungah di sini setelah dibawa balik dari hospital itu pada pukul 7 malam.

“Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di rumahnya,” katanya kepada pemberita di sini.

Ketua menteri kedua Pulau Pinang itu dilaporkan berada dalam keadaan koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebulan lepas.

Dr Lim meninggalkan seorang isteri Toh Puan Goh Sing Yeng, 85, dan empat orang anak.


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau akan membuat satu pengumuman rasmi mengenai kematian bekas ketua menteri itu hari ini.

Lim, yang kini berada di Hong Kong, dalam satu kenyataan berkata beliau berasa sedih dengan kehilangan Dr Lim.

“Saya dimaklumkan mengenai kematian Tun (Dr Lim Chong Eu) oleh anak lelakinya Lim Chien Cheng pada pukul 9.34 malam dan saya, bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mengucapkan takziah kepada Lim Chien Cheng dan keluarganya.

“Saya akan pulang dari Hong Kong ke Pulau Pinang esok (hari ini) dan akan membuat pengumuman rasmi,” katanya kepada Bernama.

Lim berkata Kerajaan Pulau Pinang akan memberikan penghormatan pengebumian negeri kepada Dr Lim.

Mendiang Dr Lim menjadi ketua menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai Mei 1969 hingga Oktober 1990 dan menerajui parti Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails