Saturday, November 27, 2010

Kongres Syok Sendiri?

Kongres PKR bagi Wanita dan juga AMK telah berlangsung semalam, tiada sebarang protes yang dijalankan biarpun sebelum Kongress itu bermula kedengaran khabar angin yang mengatakan lebih kurang 100 pemuda dari SAMM akan mengadakan demonstrasi bantahan.

Sebaiknya ianya tidak dijalankan demi menjaga nama baik parti, inilah yang dinamakan pengorbanan. Berkorban dengan memendam segala rasa ketidak puashatian terhadap pemilihan yang telah berlalu dengan berbagai dakwaan kepincangan yang masih tidak diketahui status siasatannya. Biar kita terluka asal mereka bahagia..

Adakah ianya disiasat atau kertas laporan penyelewengan itu disiat-siat hanya mereka yang tahu…


Dalam Kongress AMK semalam Adi Putera telah dijemput membuat persembahan, persembahan yang membuat ramai perwakilan ternganga kerana hairan apa kena mengena budak itu dengan PKR..

Ada juga yang mengatakan sebenarnya budak itu dibawa untuk membuat persembahan bagi mengajar para perwakilan cara mengira yang betul agar tidak lagi tertipu dipemilihan yang akan datang..

Dan ada juga yang mengatakan ini menggambarkan kebangkitan generasi muda yang prihatin tentang perjuangan.. ini kerana walaupun Adi lebih UMNO dari Keadilan namum keberaniannya wajar diambil kira.

Kebanyakkan pembahas ceritanya hanya berkisar sekitar Anwar .. dan perkara yang baik-baik tentang PKR.

Sekali sekala.. apa kata kita dengar pula apa kata mereka.. mereka yang menulis bagi pihak disebelah sana tentang kongress ini…


PKR ‘syok sendiri’, bersidang dalam kepincangan — Zulkifli Bakar

November 27, — Sama ada suka atau tidak, pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) harus mengakui bahawa mereka menghadiri kongres parti itu hari ini dan esok dalam keadaan parti berkenaan sedang berhadapan dengan seribu satu masalah.

Mungkin mereka boleh melindunginya dengan retorik ucapan dan kenyataan yang akan dibuat oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum.

Retorik mereka akan disokong oleh bakal Timbalan Presiden, Azmin Ali dan anak Anwar, Nurul Izzah yang akan ditabal sebagai salah seorang naib presiden.

Tetapi rakyat sudah mengetahui betapa buruknya pemilihan di peringkat cabang yang berlangsung sebelum ini bagi membolehkan pemimpin-pemimpin yang menjadi pilihan Anwar mencapai kemenangan.

Mereka ini akan penuh bangga berdiri di atas pentas mengangkat tangan apabila diisytiharkan menang, namun semua itu tidak akan menutup segala kepincangan yang sedang dan akan berlaku.

Semua orang tahu bagaimana pemilihan di peringkat cabang dijalankan sehingga dalam setiap mesyuarat tersebut, ada sahaja kerusi berterbangan, adegan tumbuk-menumbuk, laporan polis dibuat dan penipuan kertas undi.

Malahan jumlah kehadiran ahli PKR ke mesyuarat tersebut juga sama sekali jauh daripada jumlah sebenar mereka yang berhak mengundi. Sungguhpun begitu, pengundian tetap dijalankan biarpun di sesetengah cabang yang ahlinya mencecah ratusan orang, tetapi yang hadir hanya berpuluh ahli dan yang penting adalah calon pilihan Anwar menang!

Walaupun terdapat bantahan, namun pemimpin-pemimpin PKR yang kononnya memperjuangkan demokrasi tidak mahu mendengar segala bantahan dan keluhan ahli di peringkat akar umbi.

Lebih malang apabila Wan Azizah yang memberi jaminan kononnya akan menyiasat semua aduan sekadar menabur janji sahaja, tiada tindakan dilakukan. Lagipun, orang tahu siapa lebih berkuasa di dalam PKR biarpun Wan Azizah adalah Presiden.

Selagi keputusan pemilihan menyebelahi orang-orang Anwar, maka tiada apa-apa tindakan yang akan dibuat. Kesudahannya, ia mewujudkan perasaan tidak puas hati dan kemuncaknya apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dan keluar parti.

Kalau beginilah cara dan sikap pemimpin-pemimpin PKR yang kononnya lebih demokratik berbanding orang lain, kita boleh mengagak apa akan terjadi jika mereka diberi peluang memerintah negara. Sudah pasti segalanya menjadi tunggang-langgang kerana amalan pilih kasih, nepotisme dan kronisme yang dilakukan.

Mungkin orang seperti Azmin begitu bangga kerana bakal ditabal sebagai timbalan presiden tetapi beliau patut bertanya apakah kemenangannya layak diiktiraf ketika pelbagai kepincangan berlaku sepanjang pemilihan di peringkat cabang?

Pemimpin-pemimpin PKR seperti Azmin mungkin boleh mengabui pengikut-pengikut parti itu yang taksub tetapi hakikatnya semakin ramai yang sudah sedar. Sebab itulah, berlaku tindakan mengucapkan selamat tinggal kepada PKR, bukan sahaja dalam kalangan pemimpin malahan di peringkat akar umbi.

Kalaulah PKR diibaratkan sebuah kapal, ia sudah tentu bocor di sana dan sini, menanti masa untuk karam tetapi pemimpin-pemimpin mereka masih tidak mahu mengakuinya. Bagi mereka, PKR tetap sebuah parti yang sempurna, pemimpin-pemimpin paling demokratik dan ahli-ahlinya bijaksana dalam membuat keputusan.

Tetapi sebenarnya, PKR adalah sebuah parti yang sedang berhadapan dengan seribu satu masalah dan boleh diibaratkan ‘cakap tak serupa bikin’. Mereka mendakwa mengamalkan kebebasan media tetapi ada media dihalang untuk membuat liputan.

Mereka juga mendabik dada, kononnya PKR parti pelbagai kaum tetapi pemilihan yang berlangsung menyaksikan bagaimana pemimpin kaum India yang sebelum ini memainkan peranan penting menarik kaum itu menyokong PKR semakin dipinggirkan.

Namun pemimpin-pemimpin PKR tidak mahu melihat semua itu, sebaliknya mereka lebih selesa membuat pelbagai tuduhan kepada Barisan Nasional (BN), Umno dan kerajaan. Tubuh PKR sendiri yang semakin penuh diselaputi ‘kudis-kudis politik’, tidak mahu pula dirawat.

Oleh itu, PKR akan ‘berkongres’ dalam keadaan yang boleh dianggap hanya ‘syok sendiri’. Segala kepincangan mahu ditutupi dengan ucapan-ucapan yang hanya akan berkisar kepada impian untuk menawan Putrajaya.

Perjuangan rakyat yang kononnya menjadi landasan penubuhan parti itu hanya sekadar retorik kerana apa yang lebih utama adalah memastikan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan.

Kesimpulannya, tiada apa yang harus PKR banggakan dengan kongres yang diadakan ini kerana rakyat tahu situasi sebenar.

Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails