Monday, November 1, 2010

Kesilapan data??? Depa buat dahhhh....

Memalukan… Tiga kali pengumuman telah dibuat tentang jumlah sebenar undi yang diperolehi oleh Dato Zaid dan Azmin Ali..

Ini adalah keputusan rasmi kali ketiga.. kerana menurut Saifuddin Nasution telah berlaku kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan yang mengakibatkan perubahan kedudukan..

Kenapa ini terjadi? Adakah hanya seorang manusia yang ditugaskan untuk mengemaskini data-data yang diperolehi dari pusat-pusat mengundi PKR? Keputusan yang lain-lain bagaimana pula? tak silap ka?

Tidakkah sepatutnya terdapat seorang lagi manusia yang sepatutnya memeriksa dan mengesahkan data-data tersebut?

Lagi satu.. agak menghairankan kenapa pengumuman ini dibuat oleh Setiausaha Agong Parti bukannya Jawatankuasa Pemilihan Parti yang menjalankan Pemilihan ini.


Apa pun.. aku semakin pasti benar bagai dikata sesetengah pihak.. 'by hook or by crook' Azmin tetap akan menjadi Timbalan Presiden PKR..

Kesilapan data: Azmin pula mendahului

Perangkaan rasmi terbaru daripada setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution menunjukkan naib presiden parti itu, Azmin Ali sedang mendahului dalam pemilihan timbalan presiden dengan mendapat 3,051.

Saifuddin memberitahu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini bahawa Datuk Zaid Ibrahim pula mendapati 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.

Sebelum ini, lamanweb PKR menyiarkan keputusan yang menunjukkan Zaid masih mendahului perebutan jawatan nombor dua dalam PKR.

Difahamkan kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke lamanweb berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya.

Berdasarkan keputusan laman web itu yang disiarkan pagi ini, (selepas 68 cabang mengundi), Zaid mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekat Azmin Ali yang memperolehi 3,051 undi.

Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu tidak dapat lagi diakses.

Manakala sidang akhbar Saifuddin yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi, telah ditangguhkan sehingga jam 1 tengahari, dipercayai ada kaitan dengan keputusan tersebut.

Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (3,543 undi) kini sudah dipintas oleh Pengarah Strategik PKR Tian Chua (3,621).

Mereka diekori Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (2,852) dan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (2,895).

Keputusan bagi calon naib presiden lain seperti berikut:

Gobalakrishnan (2080)
Xavier Jayakumar (1679)
R Sivarasa (1553)
Suresh Kumar a/l Ramachandran (1237)
Yahya Sahri (1178)
Baru Bian (659)
Ansari Abdullah (646)
Jonson Chong (626)
Yusmadi Yusoff (615)
S Manikavasagam (492)
Dominique KH Ng (284)
Saiman Marjuki (166)
James Ghani (106)


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails