Saturday, November 20, 2010

Kehadiran Anwar disambut kecaman ahli

SHAH ALAM 19 Nov. - Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini untuk memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti yang mendesaknya supaya berundur.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu berkumpul di Dataran Shah Alam lengkap dengan kain rentang yang tertera kata-kata mengecam Penasihat PKR itu.

Mereka yang diketuai oleh calon Ketua PKR Cabang Kota Raja, S. Kottapan mula berkumpul kira-kira pukul 8.15 malam bagi menggesa pucuk pimpinan parti itu membatalkan pemilihan peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).


Mereka berhimpun kira-kira 50 meter dari Wisma MBSA yang merupakan tempat Anwar mengadakan taklimat kepada ketua-ketua PKR Selangor.

Penunjuk perasaan itu membawa kira-kira tujuh kain rentang yang antaranya tertera kata-kata 'Anwar, Azmin undur' dan 'Selesaikan masalah peribadi sebelum selesaikan masalah parti'.

Kira-kira lima minit selepas kumpulan itu mengangkat kain rentang, hampir 50 orang yang dipercayai ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) datang ke dataran itu dan menyuruh kumpulan yang diketuai Kottapan bersurai.

Akibatnya berlaku pertengkaran selama kira-kira 10 minit sehingga hampir mencetuskan pergaduhan di antara mereka.

Bagaimanapun, sepasukan anggota polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran berjaya mengawal situasi dan kedua-dua kumpulan berjaya dipisahkan ke tempat berasingan.

Polis kemudian memberi tempoh 10 minit kepada Kottapan untuk bersurai yang dituruti oleh kumpulannya dan polis kemudiannya merampas semua kain rentang.

Kottapan ketika ditemui berkata, mereka mengadakan demonstrasi aman bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan peringkat cabang dan MPP yang dicemari penipuan dan rasuah.

Sementara itu, dalam taklimat berkenaan Anwar menyelar Datuk Zaid Ibrahim kerana 'menyerang' PKR menggunakan 'media UMNO'.

Beliau berkata, golongan seperti itu merupakan pengkhianat dalam perjuangan dan 'laskar upahan' yang kerjanya memaki PKR.

Anwar juga memperlekeh ahli-ahli PKR yang membantah pemilihan cabang tetapi tidak mengemukakan bukti dan beliau menyamakan keadaan itu seperti kes liwat yang dihadapinya.


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails