Tuesday, November 9, 2010

Jahat Sungguh Laporan Media ini...

Ini lagi satu kenyataan atau berita yang boleh kita label sebagai “Tuduhan Liar” yang sengaja mahu melihat pemimpin PKR tersungkur di pintu pagar Putrajaya..

Mereka menuduh TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman tidak bertindak langsung untuk menyelesaikan masaalah dan mententeramkan penduduk kampong yang susah hati dan gusar apabila mendapat tahu tanah mereka akan diambil.

Kenapa mereka perlu membangkitkan hal ini ketika Datuk Mansor Othman sedang sibuk menjelajah Malaysia untuk berkempen bagi merebut jawatan Naib Presiden PKR?

Tidak tahukah mereka TKM1 Pulau Pinang itu sedang sibuk sekarang ni? Tak prihatin langsung!

Tengok result dia ni.. Minggu pertama pengundian saja jumlah undi yang diterimanya ialah 2852 menjadikan beliau calon yang keempat popular bagi jawatan Naib Presiden.Minggu kedua pula dah meningkat naik ketempat ketiga dengan 3552 undi..


Bagilah peluang supaya dia boleh terus menjelajah Malaysia berkempen untuk memenangi jawatan Naib Presiden tu..

Yang akan bangga nanti korang jugak.. tidak banggakah korang bila Pemimpin Melayu tertinggi kedudukannya dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berjaya menjadi Naib Presiden PKR?

Kita patut bangga.. Bangga sebagaimana kita berbangga dengan Angkasawan kita yang menjadi penumpang ke angkasa dengan bayaran RM100 Juta..

Mana tahu bila dia berjaya menjadi Naib Presiden PKR tu nanti bila PKR dan PR Berjaya ke Putrajaya dia akan dilantik sebagai Timbalan Menteri atau boleh jadi Menteri dalam Kabinet jadi masa tu dia akan ada kuasa untuk tolong koranglah..

Isu ini memang telah kedengaran beberapa bulan yang sudah tapi korang (penduduk Kampung Genting dan Pondok Upeh) kena berkorbanlah sikit.. sabar.. bagi dia masa untuk berkempen.. penting tu jawatan Naib Presiden PKR tu..

Tapi mungkin bukan penduduk tempat itu yang berkata demikian.. tetapi Bangladesh yang diinterview oleh Media UMNO yang berkata begitu..

Jahat sungguh laporan media ini..


Mansor tiada kuasa bela hak orang Melayu Pulau Pinang

GEORGETOWN 8 Nov. - Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman disifatkan sebagai pemimpin yang tidak mempunyai kuasa apabila gagal membela hak orang Melayu khususnya isu pengambilan tanah penduduk di Kampung Genting dan Pondok Upeh, Balik Pulau untuk dibangunkan sebuah universiti.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, sebaliknya Mansor mengarahkan penduduk terbabit supaya meminta bantuan daripada pemimpin UMNO untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Dia (Mansor) suruh minta tolong UMNO, maknanya dia tidak ada kuasa, maknanya kedua-dua exco Melayu (Mansor dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) tiada kuasa dalam kerajaan.

"Tiada tindakan dari Mansor untuk selesaikan masalah dan tenteramkan penduduk kampung yang susah hati dan gusar apabila mendapat tahu tanah mereka akan diambil,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk pembinaan sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Singapura dan tujuan awam.

Pewartaan tersebut dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu.

Berikutan tindakan kerajaan itu, lebih 100 penduduk Kampung Genting baru-baru ini berhimpun bagi membantah cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung mereka untuk pembinaan sebuah IPT.

Jasmin berkata, cadangan membina universiti di negeri ini sangat dialu-alukan tetapi pembinaan itu mestilah di kawasan yang sesuai dengan tidak melibatkan kawasan kediaman penduduk.

"Carilah tempat yang sesuai bukan di kawasan perkampungan penduduk, tempat mereka mencari rezeki, ini mengancam punca pendapatan mereka... kita tidak bantah untuk buat universiti, Pulau Pinang sudah ada banyak universiti sama ada swasta atau awam,” katanya.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails