Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, November 9, 2010

Isu 'Beruk' dibahaskan dalam sidang DUN Pulau Pinang

Perkataan "monyet" hangat diperbahaskan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini bila RSN Rayer (DAP-Seri Delima) menuduh mereka yang membuat demonstrasi depan bangunan DUN Selasa lalu menyerupai perangai haiwan berkenaan.

Pertikaman lidah itu berlaku ketika Ng Wei Aik (DAP-Komtar) sedang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011.

Ng berkata, kerajaan negeri sedang cuba untuk menarik pelancong asing dengan adanya projek taman tema air "Escape Water Park" di Batu Ferringhi yang dijangka siap dalam masa 18 bulan lagi.


Pada ketika itu, Rayer bangkit menimbulkan isu demonstrasi baru-baru ini yang menurutnya menyebabkan pelancong asing takut untuk melawat Pulau Pinang.

"Demonstrasi yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang mengoncang pintu pagar seolah-olah nak runtuhkan pagar berkenaan," katanya.

Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) bingkas bangun dan minta Rayer mengemukakan video bagi membuktikan bahawa penyokong demonstrasi itu diketuai oleh Umno dan bertindak seperti monyet.

Rayer menegaskan: "Kalau perbuatan menggoncang pagar itu bukan perbuatan seekor monyet, itu perbuatan siapa? Kera kah atau beruk?"

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) cuba membantah dengan meminta dewan untuk melarang penggunaan perkataan monyet itu dalam DUN.

Tan Beng Huat (DAP-Jawi) mencelah bertanya mengapa perkataan monyet boleh digunakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya pernah terbaca sebuah artikel oleh Sharizat yang menyebut negeri-negeri yang diperintah pembangkang itu seperti cinta monyet, mengapa kita tidak boleh menggunakannya dalam dewan?," katanya.

Speaker Datuk Abdul Halim Hussain terpaksa melarang penggunaan perkataan berkenaan bagi meleraikan pertengkaran.


Bernama

6 comments:

Anonymous said...

Aduhai...ramai rakyat Malaysia yang pernah buat protes kerana sesuatu isu dulu tetapi BN tak pernah kata depa beruk..apa le KERAjaan Penang ni...

P/S: Siapa2 yang tinggal Penang yang tak puas hati kat KERAjaan negeri...maka akan dipanggil "Beruk"...

Anak Sungai Derhaka said...

Aloo sedara..

Yang mula mengelarka peserta demonstrasi sebagai beruk itu ialah Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO! takkan dah lupa kot...

FMZam said...

Woi Anon,

Kat Penang, beruk2 boleh berdemo tanpa sekor haram Polis pun yang akan halang, mentang2 lah bukan kerajaan BN. Tapi kat KL, belum sempat berkumpul pun Polis dah tibai habis berterabur beruk2 lari lintang pukang. Kerajaan Penang ni beruk2 pun dilayan dengan demokrasi tau tak?

Anonymous said...

Semasa pembangkang demostrasi kerajaan Barisan NAJIS dulu, kami hanya boleh berdiri dgn sepanduk, tak dpt melompak macam beruk...kerana polis akan TANGKAP. Kami sentiasa diberi amaran oleh polis. Tapi bila Pakatan perintah, hang lompat2 pun dan maki2 pun polis tak buat apa2 pun...faham tak kepala otak hang?

Anonymous said...

Depa ni bukan beruk tp beruk mak yeh... berani x kena tempat.

5sal said...

Salam!Yang duk kerabat pagaq tu bukan BERUK tapi tempat aku panggeai LUTONG.Hampa tau ka LUTONG. Jenih muka yak tau malu.

Archive

Related Posts with Thumbnails