Thursday, November 25, 2010

F5E : Bukan diculik la.. tapi ditahan kerana lari dari tugas..

SHAH ALAM: Sarjan Tentera Udara Malaysia (TUDM), N. Tharmendran yang didakwa bersubahat mencuri dua enjin pesawat milik TUDM ditangkap semula di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah di sini, Khamis.

Tangkapan dibuat oleh lima pegawai Jabatan Arah Provos Marsyal TUDM berpakaian seragam yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Razif Ramli atas dakwaan meninggalkan tugas.


Sarjan N. Tharmendran (kanan) dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang menghadapi tuduhan mencuri dua enjin pesawat F5, mendengar penerangan anggota TUDM, sebelum ditahan semula atas kesalahan meninggalkan tugas sejak 6 Sept lepas. - Foto BERNAMA

Penahanan dibuat semasa Tharmendran berada dalam kereta sedang bersiap mahu pulang selepas prosiding mahkamah terhadapnya tamat.

Tharmendran yang pada mulanya enggan menyerah diri mula menghubungi peguamnya, N. Surendran untuk datang ke tempat letak kereta.


Surendran yang datang mula mempersoalkan penahanan itu kerana menurutnya dibuat secara salah kerana mendakwa Tharmendran bukan lagi berkhidmat untuk TUDM.

Sementara Surendran dan Mohd Razif 'bersoal-jawab', Tharmendran duduk di dalam kereta bersama ayahnya.

Tharmendran juga cuba untuk berunding dengan menyatakan ayahnya mahu membatalkan jaminan.

Bagaimanapun Mohd Razif tetap menegaskan bahawa tugasnya adalah untuk membawa Tharmendran pergi.

Bagaimanapun Tharmendran yang kemudiannya membuat panggilan telefon dan menyerahkan barangan peribadi seperti dompet, jam tangan dan wang RM50 kepada ayahnya sebelum keluar menyerahkan diri.

Surendran menyatakan, penyerahan itu dibuat dalam keadaan protes.

Mohd Razif memberitahu, Tharmendran akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa ke Pusat Tahanan Tentera, Batu Kentomen, Kuala Lumpur yang merupakan prosedur biasa.

Mohd Razif juga memberi jaminan bahawa Surendran akan mendapat peluang untuk berjumpa Tharmendran.

Jaminan juga diberikan bahawa Tharmendran tidak akan diberikan kepada 2 pegawai tentera yg didakwa membuat penyeksaan fizikal terhadapnya.


mStar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails