Friday, November 19, 2010

Ini Sudah jadi kes berat ni...

Dulu.. pada Jun 1988, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno yang dinamakan sebagai ‘Umno 11′.

Kumpulan ini telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan.

Akibat daripada tindakan kumpulan Umno 11 tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu, Harun Hashim telah mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram.

Kerana pengharaman itu UMNO Baru telah ditubuhkan..

Kini… Terdapat desas-desus yang mengatakan sekumpulan ahli PKR dari beberapa cabang PKR seluruh negara mengadakan pakatan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap apa yang didakwa penipuan dalam Pemilihan PKR.


Kumpulan yang mendakwa diri mereka daripada ahli-ahli tidak kurang dari 25 cabang setakat ini dikatakan sedang giat bergerak di Sabah, Kelantan dan dua negeri lagi di utara tanah air bagi mengumpul bukti.

Jika pihak yang ingin mengambil tindakan undang-undang ini berjaya memperolehi bukti dan saksi apa yang dikatakan pengundi hantu, penipuan dan sebagainya,Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya ada berlaku perlanggaran Perlembagaan Parti PKR itu sendiri ketika pemilihan.

Jika mahkamah mendapati terdapat unsur-unsur penipuan ketika pemilihan berlangsung maka PKR akan menghadapi masalah yang sama dengan masaalah yang UMNO Pernah hadapi dulu.

Cuma yang berbeza ialah penubuhan UMNO Baru diluluskan dengan segera.. tetapi adakan penubuhan PKR Baru akan diluluskan?

Dan ianya telah bermula..


Mahkamah diminta isytihar pemilihan timbalan presiden PKR tidak sah

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), P Jenapala, hari ini memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan yang diadakan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah.

Beliau turut memohon injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih bagi jawatan itu.

Jenapala, dalam samannya yang difailkan peguam Firoz Hussein dari Tetuan Hafarizam Wan& Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Jalan Duta di sini, turut menyatakan bahawa beliau masih layak untuk bertanding jawatan itu pada 29 November ini walaupun dikatakan telah dipecat daripada parti pada 2008.

Beliau selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap tiga defendan iaitu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam saman itu, Jenapala, 56, berkata pemilihan itu bertentangan dengan haknya sebagai anggota PKR seumur hidup dan beliau masih boleh bertanding bagi jawatan itu.

Jenapala yang menjadi Timbalan Setiausaha Agung PKR sejak awal 2008 sehingga peletakan jawatannya secara lisan pada Disember tahu sama, menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 17 September lalu.

Dalam samannya, beliau berkata kenyataan Saifuddin pada 20 September lalu bahawa beliau telah dibuang daripada PKR adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti itu pada 17 September.

Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh parti itu berhubung pengguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

Beliau menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi selain kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails