Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, November 16, 2010

CEREKA dari Bernama rupanya..

Husam dipetik Bernama semalam berkata, parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain termasuk Zaid. Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor berkata PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu, namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.


Husam nafi laporan Bernama PAS sedia terima Zaid

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Datuk Husam Musa menafikan beliau ada mengatakan bahawa PAS sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim, yang memutuskan untuk keluar PKR, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama semalam.

Kata Husam, apa yang dilaporkan oleh Bernama kononnya memetik beliau, selaku ahli jawatankuasasa kerja PAS pusat, adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka.


“Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik berita yang dikeluarkan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

“Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk ‘Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid’ dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama,” kata Husam (gambar).

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan “rasmi” untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar.

Husam dipetik Bernama semalam berkata, parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain termasuk Zaid.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor berkata PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu, namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.

“Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti... dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk,” katanya kepada Bernama selepas ditemu ramah oleh hos Anne Edwards menerusi rancangan Hello Malaysia.


The Malaysian Insider

3 comments:

tb said...

ramai dah tahu zaid akan buat kerja macam itu, biar dia keluar. baru tahu siapa zaid sebenarnya termasuk mustafa.. ni nak seru ahli PKR yang nak belot.. baik keluar sebelum karam

www.muslimmall.blogspot.com

Anonymous said...

bernama dah join utusan yekkk. eden tak terkojut.

Anonymous said...

Zorro tudan,

Hanya yg ada agenda tersendiri,protes adalah amalan tersembunyi utk menyatuhkan perasahan tak puas hati terhadap ketua dlm parti,senang aje cerita ini dah berulang kali minta simpati,sebelum mengkotorkan nama diri dlm parti baik berambus keluar dlm cabang parti,senang aje,parti PKR bukan keturunan keluarga diri yg sangat disayangi,masuklah mana2 parti akan kita jumpa perangai binggai macam ini.....renung2lah

Archive

Related Posts with Thumbnails