Thursday, November 4, 2010

Berita Buruk ni...Galas hampir 80%, Batu Sapi 61% keluar undi..

Pengundian dua pilihan raya kecil serentak sudah berakhir dengan peratusan keluar mengundi di Galas menghampiri 80 peratus manakala di Batu Sapi, Sabah pula sekitar 61.47 peratus.

Jadi buat yang sudah biasa dengan Pilihanraya Kecil ni.. pasti dapat membaca sesuatu dari peratusan yang keluar mengundi itu..

Berita buruk mungkin akan diterima oleh penyokong Pakatan Rakyat termasuklah aku.. aku ulang.. MUNGKIN! tambahan pula SPR menggunakan helikopter untuk membawa peti undi dari empat kawasan itu ke Dewan Sivik Gua Musang untuk tujuan penjumlahan undi.

Di Batang Ai dulu pun SPR guna Helicopter kan...


Undi ditutup, Galas hampiri 80 peratus, Batu Sapi 61 peratus
November 04, 2010

GUA MUSANG, 4 Nov — Pengundian dua pilihan raya kecil serentak sudah berakhir dengan peratusan keluar mengundi di Galas menghampiri 80 peratus manakala di Batu Sapi, Sabah pula sekitar 61.47 peratus.

Ia mirip prestasi peratusan keluar mengundi pada 8 Mac 2008.

Maklumat diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peratusan keluar mengundi di Galas mencapai 77.73 peratus atau 8,980 orang.

Ia tidak termasuk status di pusat pengundian Pos Brooke, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Bihai dan Ladoi yang melibatkan Orang Asli.

Pusat pengundian itu ditutup pada 1 tengah hari tadi disebabkan ianya terletak jauh di pedalaman.


SPR menggunakan helikopter untuk membawa peti undi dari empat kawasan itu ke Dewan Sivik Gua Musang untuk tujuan penjumlahan undi.

Sembilan lagi pusat pengundian ditutup pada 5 petang.

Di Sandakan, 10 pusat pengundian ditutup pada 5 petang manakala sebuah ditutup pada 3 petang dan sebuah lagi pada 4 petang.

Kerusi Galas menjadi rebutan antara calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.

Ia kosong berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima pada 27 September lepas akibat barah usus.

Sehingga 5 petang, seramai 61.47 peratus atau 15,774 keluar mengundi. Ia mirip status pada 8 Mac 2008.

Batu Sapi pula menyaksikan pertandingan antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, calon Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat Ansari Abdullah.

Kerusi itu sebelum ini diwakili Datuk Edmund Chong Ket Wah dari BN yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya pada 9 Okt. Tsen adalah balu Chong.

Proses pengundian di kedua-dua kawasan bermula pada 8 pagi tadi.

Di Galas, sehingga 4.30 petang tadi, seramai 8,073 pengundi atau 69.88 peratus daripada keseluruhan 11,553 pemilih berdaftar di situ telah mengundi hari ini.

Penjumlahan undi dijalankan di Pusat Sivik Gua Musang dan keputusan dijangka diumumkan seawal 8 malam ini.

Di Sandakan, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Batu Sapi, Mohamad Hamsan Awang Supain, berkata sehingga 4 petang, seramai 14,725 orang atau 57.56 peratus daripada 25,582 pemilih berdaftar di situ, telah mengundi.

Pengiraan undi akan diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan dan keputusan dijangka juga dapat diketahui seawal 8 malam ini.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails