Tuesday, November 16, 2010

Belum bercerai sudah dipinang?

Menarik ni.. belum bercerai sudah dipinang .. kaki belum melangkah keluar rumah, pintu rumah disana telah terbuka..

Tetapi mereka yang hendak meminang haruslah ingat bahawa yang hendak dipinang itu pernah dianggap sebagai orang baru dalam parti, beliau juga belum teruji kesetiaannya kepada perjuangan malah beliau juga mungkin ‘Trojan Horse’ dari seberang sana, dilabel juga sebagai pemecah belah dalam parti dan bermacam tuduhan lagilah..

Mungkin yang membuat tuduhan itu sudah lupa ayat ini “Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;”

Itu adalah sebahagian dari Deklarasi Permatang Pauh yang telah diikrarkan di Permatang Pauh pada 12 September 1998.


Kalau korang Ahli PKR tapi dah lupa sila lihat di Manifesto Reformasi menuju Putrajaya ,Mohamed Azmin Ali, helaian terakhir buku kecil itu. Atau lihat di SINI

Mungkin juga pihak yang berminat itu melihat ada kebaikkan disebalik tuduhan-tuduhan diatas.. yalah rambut kita mungkin sama hitam, tapi hati kita lain-lain.. yang buruk bagi kita tidak semestinya buruk bagi orang lain dan yang baik bagi kita mungkin dipandang buruk oleh orang lain..

Pandangan kita memang berbeza itu perlu diakui..


PAS terbuka untuk terima sesiapa, termasuk Zaid: Husam

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata, PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.

"Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti... dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk," katanya kepada Bernama selepas ditemuramah oleh hos Anne Edwards menerusi rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama, di sini.


Tiada Halangan Jika Zaid Mahu Sertai PAS - Salahuddin

PETALING JAYA: PAS tiada halangan jika bekas Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mahu menyertai parti itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jika benar keputusan itu, ia seharusnya dihormati kerana dalam demokrasi mana-mana individu berhak untuk menyertai mana-mana parti.

“Bagaimanapun, sama ada diterima atau tidak beliau dalam parti bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Jika Zaid mahu, beliau boleh mohon. PAS mengambil sikap terbuka maka siapa-siapa pun boleh memohon.

“Namun keputusan melibatkan semua dalam PAS dan perkara itu perlu diperbincangkan terlebih dahulu sebelum diputuskan lebih jelas dalam mesyuarat,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails