Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, November 9, 2010

Banyak juga duit Exco Selangor ni ya...

Seorang exco kerajaan negeri Selangor kerugian lebih RM70,000 selain hilang sebuah peti besi yang mengandungi barangan berharga, selepas rumahnya di Taman Klang Jaya di sini dimasuki pencuri, tengah hari tadi.

Rumah dipecah masuk, Exco Selangor rugi RM70,000

KLANG 8 Nov. - Seorang exco kerajaan negeri Selangor kerugian lebih RM70,000 selain hilang sebuah peti besi yang mengandungi barangan berharga, selepas rumahnya di Taman Klang Jaya di sini dimasuki pencuri, tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata beliau percaya kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah hari dan 3.30 petang, ketika semua anggota keluarganya tidak berada di rumah.

"Kejadian disedari oleh anak lelaki saya, Dev Arul yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang, apabila melihat keadaan empat bilik yang berselerak dengan semua laci meja terbuka dan peti besi hilang.

"Beliau kemudian menghubungi isteri yang memaklumkan kejadian ini kepada saya,” katanya ketika ditemui hari ini.


Xavier yang bergegas pulang dari persidangan Dewan Undangan Negeri berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sejak 21 tahun menetap di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti suspek dalam kejadian itu,” katanya.


Bernama

4 comments:

blogenstarz said...

Sebenarnya duit tu adalah sumbangan yang sepatutnya diberikan kepada mangsa banjir diKedah dan Perlis.
Tetapi penyamun lebih tahu dimana nak dapat duit dengan cara mudah.....

Anonymous said...

Dia seorang doctor lah...70 ribu barangan kemas tak banyak bagi seorang doctor. Tukang gigi lagi banyak tapi tak harian pun.

Anonymous said...

Dr Samat,

Doktor gigi lagi kaya,sebab dia jual dan pasang gigi mas palsu,dpt beli rumah dgn duit gigi puluhan juta lagi tu...hehehe org selangor tidurrrrr

ipoK said...

blogenstarz,

dia KERUGIAN BERNILAI RM70 RIBU...
bukannya duit RM70 RIBU dicuri...
lain kali baca betul2...
jgn bawak perangai hentam keromo media UMNO-APCO kat sini ye...
baru baca berita bahasa melayu pun dah tak paham.... aparaaa...

Archive

Related Posts with Thumbnails