Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, November 26, 2010

Apa kena mengena Budak ni dengan PKR?

"Apa kena-mengena dengan perjuangan parti? Tiada kaitan langsung! Persembahannya tidak mengandungi unsur perjuangan, malah tidak menyuntik semangat untuk perjuangan parti!"

Segelintir anggota terpinga-pinga dengan penampilan Adi Putra (gambar kiri, tengah), genius matematik berusia 11 tahun di Kongres Angkatan Muda Keadilan, pagi tadi. Adi Putra tampil selepas Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd. Akin menyampaikan ucapan dasar beliau, diberi sambutan yang meriah sebermulanya.

Setelah memperkenalkan diri, Adi Putra mempersembahkan bakatnya kepada perwakilan AMK, iaitu keupayaannya untuk menghafal sekumpulan angka digit, dan kemudian diulangi mengikut tertib songsang.


Bagaimanapun, penampilan ini menimbulkan keraguan di kalangan anggotanya, yang tidak faham mengapa ia dimasukkan ke dalam aturcara kongres. "Ia tidak memberi apa-apa makna..." ulas seorang pemimpin AMK ketika berkata kepada MerdekaReview.

Lebih UMNO daripada KeADILan

Mungkin pertimbangan politik di sebaliknya adalah untuk menunjukkan bahawa genius anak Melayu ini turut bersama PKR. Namun, kemungkinan ini disangkal oleh pemimpin AMK yang ditemuramah MerdekaReview, "Beliau (Adi Putra) bukan datang untuk menyatakan sokongan kepada PKR, beliau datang sekadar untuk membuat pertunjukan (show)."

"Malah, jikalau anda mengikuti sajaknya tadi, masih ada ayat-ayat seperti 'Takkan Melayu hilang di dunia ini', 'Wawasan 2020'... Ini lebih UMNO daripada KeADILan-lah!" katanya secara terus-terang.

Seorang lagi pemimpin peringkat cabang menambah, "Apa yang membingungkan, persembahan power point menunjukkan gambar Adi Putra bersama pemimpin seperti Mahathir Mohamad, malah isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor! Lebih-lebih lagi, ada orang yang melaungkan 'Reformasi' selepas persembahan Adi Putra!"

"Apa kaitan Adi Putra dengan Reformasi? Dengan sajaknya yang berbau perkauman...apa kaitan Adi Putra dengan Reformasi?" beliau tertanya-tanya.

Penghargaan terhadap remaja

MerdekaReview cuba mendapatkan maklum balas daripada Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon. Beliau bagaimanapun gagal memberi apa-apa respon kerana tidak tahu-mengetahui dengan "slot Adi Putra" yang diselitkan ke dalam aturcara kongres AMK.

Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin ketika dihubungi MerdekaReview berkata, beliau melihat slot tersebut dirancang untuk memberi penghargaan kepada seorang remaja yang berbakat, tetapi tidak diberi peluang yang sewajarnya dalam ruang arus perdana.

Khairul Anuar menyedari beberapa kenyataan Adi Putra yang berbau perkauman, namun beliau menganggap itu persoalan lain. "Yang penting, beliau pada usia yang begitu muda, berani tampil ke depan untuk bersuara. Soal kita setuju atau tidak dengan pandangannya, itu soal kedua. Kita boleh debat kemudian. Yang penting, beliau bukan sahaja berbakat, tetapi berani untuk tampil dan bercakap, malah lebih berani daripada banyak profesor universiti (yang berdiam diri)."


MerdekaReview

5 comments:

Yong said...

Shamsul nampak macam "budak" retarded di sebelah budak cerdik tu. Heheheh

JAMILKUCING said...

Askm Bro, saya copy untuk di gunakan di blog saya,harap tak membawa masaalah,

jamilkucing

Anak Sungai Derhaka said...

Silakan Tuan Jamilkucing.. tak ada masaalah..

Anonymous said...

Kalau Adiputra mai kat maljis BN ke..atau UMNO ke...maka terjelen2 lidah...terkangkang2...menlompat2..pemimpin2 PR...akan berkata...

" UMNO mengunakan budak yang bawah umur dalam politik.."

" Malangnya nasib budak tu bersama UMNO..."

"..Politik UMNO, politik kebudak-budakkan.."

P/S: Bagi aku..Adiputra datang tu ada sebab...sebabnya yang datang semua otak2 budak2 tabika...Adiputra datang tunjuk cara kira2 sebab nak tunjuk camana nak kira ahli2 PKR yang datang Kongres Angkatan Muda Keadilan..pasal nanti datang 50orang akan jadi 50000org pula..macam pemilihan PKR baru2 ni..kah!! 10x

cekli@abg chor said...

Saya mengambilkira pemikiran positif. Ini mengambarkan kebangkitan generasi muda yang prihati tentang perjuangan. Walaupun Adi dikatakan lebih UMNO dari Keadilan namun keberaniaannya wajar diambilkira.

Dalam banyak perkara angka banyak memainkan peranan. Sebagai contoh, RM10 billion dibelanjakan untuk membeli peralatan pertahanan. Rasuah juga menggunakan angka. Dari segi logiknya Adi Putra telah sedaya upaya yang ada memberi kesedaran kepada generasi muda(AMK) betapa pentingnya angka-angka itu difahami. Justeru itu, sentiasalah kita berada dilandasan 'positive thinking' dan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kebaikan.

Archive

Related Posts with Thumbnails