Monday, November 15, 2010

'All the best to you' Dato Zaid..

Sekiranya Dato Zaid benar-benar sudah meninggalkan PKR, ia memang sudah seperti yang dijangkakan dan aku mengucapkan 'Selamat' dan 'All the best to you'..

Pakatan ucap Zaid ‘selamat’, optimis keluar parti tiada impak
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

November 15, 2010KUALA LUMPUR, 15 Nov — Walaupun tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR dilihat boleh membawa persepsi negatif jangka pendek terhadap Pakatan Rakyat, namun pemimpinnya yakin keputusan beliau tidak akan mengakibatkan kesan besar terhadap perikatan tiga parti itu.

Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali juga menyifatkan tindakan Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu tidak memberikan sebarang kesan terhadap Pakatan Rakyat.

“Saya tidak nampak ada apa-apa kesan daripada tindakan beliau (Zaid) meninggalkan PKR terhadap Pakatan Rakyat.


“Untuk jangka masa panjang tiada sebarang kesan, tiada kesan yang besar terhadap Pakatan Rakyat.

“Ini kerana beliau bukan penyelaras Pakatan Rakyat (seperti yang dilaporkan media), kedua tiada sesiapapun yang diangkat bagi jawatan itu (penyelaras Pakatan Rakyat) dan ketiga beliau hanya ditugaskan untuk bersama jawatankuasa penaja untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Syed Husin sekiranya Zaid benar-benar sudah meninggalkan PKR, ia memang sudah seperti yang dijangka dan beliau mengucapkan “selamat” kepada Zaid.

“Kalau betul beliau keluar ia memang dijangka dan saya ucapkan selamat kepada beliau,” katanya.

Laporan akhbar hari ini menyebut Zaid — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, keluar PKR, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Isnin lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan.

Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.

“Saya tahu hari saya dalam parti (PKR) sudah dihitung kerana pemimpin — pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya,” kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu.

Kata Zaid, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga berkata, tindakan Zaid keluar PKR tidak akan memberikan kesan terhadap Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.

Namun beliau sedih kerana kehilangan seorang tokoh politik dalam parti.

“Bagi kita tiada kesan terhadap gabungan parti dalam Pakatan Rakyat kerana kita seringkali bekerja dalam satu pasukan.

“Bagaimanapun saya dukacita kehilangan seorang tokoh, beliau sudah buat pilihan dalam PKR. Itu saya tidak mahu komen.

“Namun begitu saya melihat dunia perjuangan memerlukan kesabaran,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata apa yang berlaku sekarang adalah satu proses biasa dalam mana-mana parti politik.

“Jadi apa yang berlaku adalah cukup besar kepada Pakatan Rakyat tapi ia proses biasa bagi mana-mana parti politik.

“Pemimpin akan diuji dengan keadaan dan suasana masa depan. Saya tidak risau tentang itu kerana ia lumrah dalam politik, pemimpin datang dan pergi yang mana ia hanya satu proses.

“Justeru saya harap kekosongan itu perlu diisi segera,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook berkata, tindakan terbaru Zaidh hanya akan menimbulkan persepsi negatif, yang akan hilang dengan sendiri dalam jangka panjang.

“Tidak ada kesan terhadap Pakatan Rakyat cuma yang ada hanya persepsi negatif masyarakat.

“Bagi saya tindakan beliau keluar PKR hanya akan menimbulkan persepsi negatif tapi secara keseluruhan ia tidak beri kesan kepada Pakatan Rakyat.

“Persepsi negatif itu ada kerana seorang pemimpin yang berprofil tinggi seperti beliau keluar daripada parti,” katanya.

Selain itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, persepsi negatif itu timbul disebabkan ada pihak yang sengaja menimbulkan persoalan dan memperbesarkan perkara itu.

“Dalam politik apabila isu seperti ini timbul maka banyak pihak pula yang akan menimbulkan persoalan.

“Bagi saya ia proses biasa dan ia akan mati dengan sendiri,” katanya.

Minggu lalu, Zaid meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Zaid menyertai PKR pertengahan 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu, di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Kelmarin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali.

Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini, Zaid berkata, “saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti.”

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails