Sunday, November 7, 2010

Akhirnya Dr. Asri Akur....

Beberapa hari yang lau, Dr Asri telah mengeluarkan satu pandangan menasihatkan beberapa orang Ahli Politik veteran supaya bersara dari dunia politik dan membuka laluan kepada muka-muka baru.

Malangnya beliau menyebut nama Anwar Ibrahim, bila disentuh sahaja nama Anwar Ibrahim maka berpencaklah panglima panglima PKR yang teramat setia kepada Anwar menyerang kembali Dr. Asri.

Mungkin kerana serangan dari panglima-panglima PKR itu terlalu hebat dan penuh dengan hujah-hujah yang amat bernas.. maka akhirnya Dr. Asri tewas.. beliau akhirnya insaf dan sedar bahawa beliau tidak sepatutnya memberikan nasihat kepada PR terutama sekali PKR kerana PKR/PR memang sudah kuat dan dalam keadaan selesa untuk ke Putrajaya..

Berikut adalah petikan dari kata-kata beliau yang dipetik dari facebook nya..

"akhirnya saya akur bahawa PR dan PKR berada dalam keadaan yang kuat dan selesa..akan menawan Putrajaya dalam PRU-13 akan datang..tidak perlu apa-apa perubahan kepimpinan dalam PKR..hanya mungkin menunggu waktu untuk menjadi pemerintah..tersilap memberi pandangan kepada PR dan PKR..sepatutnya saya hanya memberi pendap...at kepada ...BN -dah berulang kali saya lakukan..SELAMAT KE PUTRAJAYA.."

ha..ha..ha.. dia perli la tu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails