Friday, November 5, 2010

200 Ahli PKR sertai UMNO?.. Bohong tu..

Oleh Muda Mohd Noor

GUA MUSANG: PKR Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menafikan 200 ahli keluar parti untuk menyertai Umno tetapi sebenarnya mereka menyamar sebagai ahli parti

Ketua AMK Wangsa Maju, Mohd Hamdi Mohd Said (gambar) berkata, mereka bukan ahli PKR, seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar media perdana semalam, tetapi sebaliknya orang Umno yang menyamar sebagai ahli PKR.

"Saya mengenali Nazli Husin yang mengetuai PKR Wangsa Maju yang menyertai Umno. Beliau merupakan bekas ketua PKR Wangsa Maju pada peringkat awal penubuhan tahun 1999.


"Tetapi beliau sudah lama tidak aktif, dan juga sudah keluar parti. Nama dia tidak ada dalam senarai ahli PKR Wangsa Maju.

"Ahli lain yang dibawa menyertai Umno memang tidak wujud, sebagai orang lama seorang pun saya tidak kenal," katanya ketika diminta mengulas kemasukan Nazli dan ahli terbabit ke dalam Umno Wangsa Maju.

Mohd Hamdi berkata demikian ketika ditemui di Gua Musang semalam sewaktu berlangsung proses pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas.

Borang permohonan

Akhbar itu melapurkan Nazli dan kumpulannya menyerahkan borang permohonan menyertai Umno kepada Ketua Umno Wangsa Maju, Datuk Shafie Abdullah kelmarin.

Ketika diminta mengulas lanjut, Mohd Hamdi berkata, mereka menyertai Umno kerana pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi.

"Faktor lain ialah kerana Ketua PKR Wangsa Maju, Datuk Zaid Ibrahim bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Jadi dengan adanya berita kemasukan ahli PKR ke dalam Umno maka ini akan menjejaskan nama baik Zaid," katanya.

PKR Wangsa Maju mempunyai kira-kira 1,400 ahli dari 12 ranting (cawangan).


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails