Monday, October 4, 2010

Zaid "desperado"?.. Azmin Ali sila jelaskan...

PETALING JAYA: Seorang lagi pemimpin PKR hari ini meluahkan perasaan kecewa terhadap serangan peribadi Naib Presiden Azmin Ali, terhadap pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan timbalan presiden semalam.

Loh Gwo-Burne yang juga ahli parlimen Kelana Jaya berkata, "saya membaca kedua-dua News Straits Times dan Utusan Malaysia yang membuat liputan ucapan beliau pada mesyuarat agung tahunan Cabang PKR Gombak.

"Zaid dianggap sebagai pendatang baru dalam parti. Bukan itu saja, Azmin menyifatkan Zaid sebagai "desperado" dalam satu wawancara dengan Berita Harian," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, sebagai calon jawatan senior Timbalan Presiden parti, saya sedih dan kecewa jika Azmin sengaja bersikap sedemikian.


"Serangan peribadi tidak perlu dan sesuatu yang tidak baik. Dengan menyebut-yebut nama merupakan satu tindakan kebudak- budakan. Saya sungguh tidak percaya pemimpin veteran dan matang seperti Azmin berkata sesuatu seperti ini.

Ujar beliau, adalah benar Zaid adalah baru dalam parti, tetapi kita harus menghormati beliau bahawa beliau mempunyai pengalaman yang luas dan merupakan seorang ahli politik yang mempunyai prinsip dan boleh memberi sumbangan kepada parti. Penyertaan Zaid dalam PKR disambut meriah

"Adakah kita cepat lupa bahawa penyertaan Zaid disambut meriah pada suatu ketika dahulu kerana beliau adalah bekas menteri yang memprotes tentang salah guna ISA oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional?" soal beliau.

Gwo Burne berkata, "oleh itu, saya menggesa anggota-anggota parti supaya adil dan konsisten dengan pemilihan parti.

"Kelihatan seolah-olah beberapa pemimpin parti mengamal "double standard", memilih untuk menyerang calon kerana wawancaranya tersiar di akhbar arus perdana dan pada masa yang sama, memejamkan mata apabila calon yang satu lagi berbuat demikian," terangnya.

Katanya, parti hendaklah memenuhi matlamatnya untuk menegak demokrasi dan keadilan jika mahu menerajui pembaharuan di negara ini. Oleh itu, tiada tempat bagi pemimpin yang tidak matang dan bersifat keanak-anakan.

"Saya melihat seorang pemimpin kanan parti membuat serangan peribadi dan mengancam untuk memecah belah parti dalam usahanya untuk memenuhi cita-cita peribadi. Ini tidak boleh dibiarkan.

"Saya meminta Azmin membuat penjelasan dan menafikan kemungkinan salah faham ekoran dari laporan kenyataannya dalam NST dan Utusan hari ini," jelas beliau.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails