Saturday, October 30, 2010

Zaid dahului Azmin..

Biarpun aku adalah ahli PKR sendiri, aku sebenarnya telah hampir hilang minat untuk mengikuti pemilihan peringkat MPP PKR ini, mana tak nya bila melihat Dato Zaid Ibrahim diserang dan diperlakukan seperti seorang ahli UMNO oleh beberapa orang pemimpin PKR.. hanya kerana beliau berani menongkah arus menyatakan kebenaran… beliau terus diserang oleh pemimpin-pemimpin yang mahu menunjukkan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Azmin dan Anwar.

Dato Zaid terus dikecam kerana menggunakan Media UMNO untuk menzahirkan wawasan beliau kerana itu beberapa kerat pemimpin menghentam beliau secara berterusan.. Agak menghairankan bilamana beberapa kerat pemimpin PKR itu mengatakan Dato Zaid menggunakan Media UMNO bagi mendedahkan kelemahan PKR, padahal dalam temuramah itu Dato Zaid Cuma membentangkan wawasannya untuk PKR saja.. Nampak sangat mereka sendiri tidak membaca artikel itu.


Beberapa kerat pemimpin PKR itu sepatutnya sedar.. ahli-ahli PKR bukanlah manusia yang boleh disifatkan sebagai lembu-lembu yang dicucuk hidung untuk menurut apa saja kemahuan mereka.. kerana boleh berfikirlah mereka menyokong PKR.. janganlah cuba nak perbodohkan kami..

Bagi aku biarlah beliau menggunakan Media UMNO itu asalkan beliau tidak mendedahkan kelemahan PKR sendiri.. kerana Lidah Rasmi PKR iaitu Suara Keadilan sendiri tidak memberikan ruang buat beliau.. lidah rasmi Parti yang sepatutnya berkecuali itu kelihatan memihak kepada Azmin dengan menyiarkan artikel-artikel yang menghentam Dato Zaid.

Semalam pula beberapa masaalah yang tidak sepatutnya berlaku dilaporkan telah berlaku dan tidak berjalan lancar sepertimana yang diharapkan sebaliknya berhadapan dengan masalah logistik dan teknikal kenapa?

Adakah ini sebabnya??

Zaid dahului Azmin, Mustaffa pengundian hari pertama

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Datuk Zaid Ibrahim mendahului dua calon lain bagi jawatan timbalan presiden pada hari pertama pengundian pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di dua negeri hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menguasai enam daripada sembilan cabang yang melangsungkan pengundian di bawah sistem pemilihan langsung yang julung kali diadakan selepas parti itu meminda perlembagaannya tahun lalu.

Kedua-dua Zaid dan Naib Presiden Azmin Ali dipercayai berhadapan dengan saingan sengit. Seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, yang juga naib presiden, berada di kedudukan ketiga.

Daripada lapan cabang yang diketahui keputusan pengiraan undi, yang berakhir sekitar 10 malam tadi, Zaid memperoleh 573 undi berbanding 311 undi buat Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Daripada lima cabang di Kedah, Zaid memperoleh 282 undi manakala Azmin pula 238 undi.

Sementara itu bagi jawatan naib presiden, daripada 17 calon yang bertanding Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, Pengarah Strategi Tian Chua, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikatakan mendahului calon-calon lain.

“Ada beberapa calon yang memperoleh undi yang rapat jumlah mereka,” kata seorang pemimpin yang dihubungi The Malaysian Insider malam ini.

Sembilan cabang yang mengadakan pengundian hari ini ialah Tumpat, Kota Baru, Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa di Kelantan sementara di Kedah pula Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu.

Baki 59 cabang akan melangsungkan pengundian esok dan lusa, yang bakal mengubah senario dan meningkatkan persaingan bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

Bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan, daripada enam cabang yang diumumkan keputusan tidak rasmi, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai “Chegubard” mendapat 109 undi berbanding penyandang jawatan Shamsul Iskandar Mohd Akin sekitar 80 undi.

Bagaimanapun Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dikatakan mendahului cabaran jawatan itu.

Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengekalkan kedudukannya tanpa cabaran.

Dalam pada itu, laporan Bernama yang memetik Timbalan Pengerusi PKR Kedah Wan Salleh Wan Isa berkata, bagi cabang Langkawi, untuk jawatan timbalan presiden, Azmin mendapat 116 undi manakala Zaid 74 undi Mustaffa tiga undi, dengan undi rosak 13.

Bagi Naib Presiden, Fuziah di tempat teratas mendapat 129 undi, Tian Chua (104), Mansor (73), Nurul Izzah (66) dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan (44).

“Daripada jumlah 17 itu, dua calon mendapat kurang daripada 10 undi manakala enam kosong (tidak mendapat undi langsung),” katanya.

Katanya beliau masih menunggu keputusan untuk empat lagi cabang.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails