Tuesday, October 19, 2010

UMNO Permatang Pauh tak bayar gaji SUK lebih 20 Bulan..

Gaji Setiausaha Kerja pun tak mampu nak bayar dah.. ish.. takkan dah sengkek sangat kot.. ada orang dah sapu la tu..



HarakahDaily melaporkan mereka difahamkan majlis 'Tranformasi Perjuangan Umno Permatang Pauh' yang dianjurkan oleh pemuda bahagian pimpinan Zaidi Mohd Said sengaja diatur bagi memalukan ketua bahagian yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti .

Didalam majlis itu Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh telah bertindak memberi masa 44 hari kepada ketua bahagian, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (gambar) untuk menyelesaikan 16 tuntutan termasuk tunggakan gaji setiausaha kerja Umno bahagian yang tidak dibayar melebihi 20 bulan. (ish.. ish.. ish.. patutlah dia boleh beli rumah kat depan Politeknik tu dengan harga hampir RM1 Juta.. )

Tindakan itu dilihat untuk menggagalkan impian Datuk Abdul Jalil untuk menjadi calon BN di Dun berkenaan pada pilihan raya umum kelak.

Selagi ada Jalil, maka Zaidi sukar dinamakan sebagai calon sama ada di Dun Permatang Pasir atau Penanti apatah lagi di Dun Seberang Jaya yang sudah sinonim dengan Datuk Arif Shah.

16 tuntutan itu adalah seperti berikut,


Yang Berbahagia Dato' Ketua Bahagian Hendaklah:

1. Menyediakan Blueprint atau perancangan program dan budjet untuk tempoh 2 tahun bagi memperkasakan UMNO Permatang Pauh dalam menghadapi PRU-13.

2. Bersikap lebih telus dalam dan terbuka soal peruntukan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dalam membantu rakyat. Kesemua jumlah yang diperolehi hendaklah dimaklumkan pada semua AJK Bahagian dan sayap-sayap.

3. Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyalurkan segala bantuan yang diterima oleh bahagian agar tidak ada pihak yang terlepas pandang dalam menerima faedah.

4. Segala bantuan yang diterima untuk sayap hendaklah diagih terus untuk sayap secara sama rata bukan diagih pada pihak ketiga yang boleh menimbulkan pecah belah.

5. Segala peruntukan yang diterima oleh bahagian hendaklah diagih kepada sayap-sayap secara sama rata bukan diguna dengan sendiri oleh ketua Bahagian.

6. Ketua Bahagian hendaklah bertangungjawab menyediakan dana khas bantuan untuk semua JKKKP dalam parlimen agar Ahli JKKKP boleh bertindak dan bekerja dengan lebih berkesan.

7. Perlantikan Ahli JKKKP hendaklah dibincang dengan semua penyelaras dan harus merangkumi peranan semua sayap-sayap.

8. Menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang bertangungjawap menyelaras semua permohonan yang dibuat oleh cawangan dan mempastikan pemohonan cawangan-cawangan ditunaikan dalam tempoh masa tertentu.

9. Segala perlantikan jawatan politik yang diujudkan dibawah kementeria-kementerian tertentu hendaklah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian.

10. Mempastikan segala arahan ibupejabat parti dilaksanakan bukan membiarkan arahan tersebut pada jawatankuasa bertangungjawab sahaja.

11. Yang Berbahagia Ketua Bahagian hendaklah mempegerusikan semua Program Juara Rakyat peringkat Parlimen kita bukan membiar semata-mata pada pengerusi hingga semua AJK Bahagian yang menjadi pengerusi terpaksa menangung segala masaalah berkaitan program tersebut.

12. Peruntukan yang diterima dari ICU hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian.

13. Peruntukan Mayang hendaklah dipermudah cara agar Ketua Cawangan boleh menjadi wakil menyampaikan sumbangan pada magsa bencana atau kematian tanpa menunggu ketua Bahagian atau wakil yang datang.

14. Menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan peruntukan sedia ada yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan menjayakan semua program berbentuk pendidikan dan kebajikan.

15. Segala urusan parti hendaklah dilakukan di Pejabat UMNO Bahagian, Pejabat yang ada diluar pejabat UMNO hendaklah ditutup dan dipindahkan secepat mungkin.

16. Tunggakkan gaji setiusaha kerja UMNO Bahagian yang tidak dibayar melebihi 20 bulan hendaklah dijelaskan secepat mungkin demi menjaga imej UMNO Permatang Pauh.


Saki baki penyokong UMNO Permatang Pauh yang hadir..





Sumber gambar dan senarai tuntutan dari Blog Musuh Rasmi aku.. iaitu Penanti Bangkit dan DUN 11 Permatang Pasir.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails