Friday, October 1, 2010

UMNO minta Loke jangan bising..

Satu cubaan mengalih perhatian oleh Reezal Merican, beliau meminta Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Foo agar jangan bising dalam hal ini, kerana menurutnya ini isu rumahtangga Pulau Pinang..

Kalau begitu.. ini saranan dari orang yang berada dalam rumahtangga itu atau rakyat negeri Pulau Pinang.. PULANGKAN KESEMUA GAJI HANG!! Pasal sumber duit gaji tu dah bercampur dengan duit cukai judi dan arak yang dikutip oleh kerajaan Pusat UMNO/BN..


Wang ihsan: Umno minta Loke jangan ‘bising’, bukan orang Pulau Pinang
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Foo tidak mempunyai hak untuk bersuara dan campur tangan dalam isu wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipersoalkan pihaknya.

“Beliau (Loke) tiada hak untuk bercakap soal ini (wang ihsan), beliau orang luar bukan rakyat Pulau Pinang.

“Lagipun ini hal rumah tangga rakyat Pulau Pinang, jadi biar rakyat dan Ketua Menteri (Lim Guang Eng) sahaja yang terlibat,” kata Reezal kepada The Malaysian Insider.

Isu ini dilihat sebagai serangan terbaru Umno-BN terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tambahnya, sebagai anak kelahiran Pulau Pinang beliau mempunyai hak untuk membawa rintihan rakyat di negeri itu.


“Saya bercakap sebagai seorang rakyat Pulau Pinang dan apa yang saya cuba bawa ini adalah rintihan rakyat,” katanya lagi.

Reezal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Loke (gambar) yang mengatakan bahawa beliau buta maklumat dan hipokrit apabila mempersoalkan skim wang ihsan dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi.

Loke berkata buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Menurut Loke, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

Sebelum ini Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Tambah Reezal, tindakan Lim yang berdolak-dalik dalam memberikan jawapan telus mengenai isu ini seolah-olah membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.

“Sebelum ini saya minta supaya Ketua Menteri jelaskan mengenai isu wang ihsan ini tapi apa yang saya terima adalah satu penafian yang begitu sombong dibuat Ketua Menteri.

“Ketua Menteri cakap wang ihsan ini bukan hasil wang judi tapi bila disiasat kita dapati beliau berbohong.

“Jadi saya minta supaya beliau jawab dengan telus perkara ini dan jangan nak cuba tukar topik lain pula,” katanya.

Kelmarin, seramai 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails