Monday, October 25, 2010

Ulama tak mahu campur politik - Harussani

Komen MAHAGURU58 "Ulama yang diam tidak bersuara menyatakan yang hak terhadap mana mana pemerintah yang tersasar tersilap didalam pemerintahan mereka sama sama bersyubahat didalam kerja kerja maksiat tersebut dan tidak layak memimpin umat Islam didalam hal ehwal mereka."

Ulama tak mahu campur politik

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN

IPOH 24 Okt. - Sikap membisu kebanyakan ulama di negara ini adalah disebabkan mereka tidak mahu terlibat dalam mana-mana parti politik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, sebagai pihak yang menjurus kepada soal-soal keagamaan, adalah lebih baik jika mereka tidak dikaitkan dalam urusan itu.

"Saya pun tidak suka bercakap soal politik, saya bercakap tentang perpaduan orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan wakil Perak, Datuk Rosli Husin ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mahu institusi agama bijak menangani isu berkaitan agama terutama yang ditimbulkan parti pembangkang agar mereka tidak dilihat seperti dilanda 'sindrom bisu.'


Rosli bimbang, jika isu-isu yang dibangkitkan itu tidak segera diperjelaskan kepada rakyat, ia boleh menimbulkan perpecahan umat serta persepsi negatif terhadap Islam.

Dalam hubungan ini, katanya lagi, Majlis Agama Islam di negeri-negeri perlu agresif dan senada ketika memberi penjelasan berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

Menurut Harussani, beliau sering menjadi sasaran parti-parti pembangkang apabila berusaha membantu menjelaskan sesuatu isu.

"Bila saya kena hentam, tiada siapa pun bantu saya. Tetapi disebabkan saya bercakap atas kepentingan Melayu, saya tak kisah," katanya.- Utusan

_______________________________________________

Komen dari MAHAGURU58

Begitulah laporan suratkhabar tentang ulasan Mufti Perak Sahibus Samahah Tan Sri Dato Dr Harussani Zakaria tentang kenyataan Wakil UMNO Perak Datuk Rosli Husin bahawa para ulamak haruslah memainkan peranan yang lebih aktif menangani isu berkaitan agama yang di timbulkan parti pembangkang agar para ulamak tidak kelihatan sebagai terkena sindrom bisu!

Bagi saya, pendapat Tan Sri Harussani bahawa para ulama mengambil sikap membisu terhadap isu isu yang ditimbulkan oleh parti parti politik supaya mereka tidak mahu terlibat didalam mana mana parti politik adalah salah.

Salah kerana peranan ulama muktabar melangkaui kepentingan politik baik yang melibatkan pemerintah mahupun pembangkang.

Ulama sebenar wajib berdiri teguh memperjuangkan kalimah Allah dan Ad Deenul Islam tanpa memperbezakan mana mana pihak yang menyentuh apa apa perkara yang berkaitan dengan kesyumulan Islam dan sebarang perkara yang bersangkut paut dengan hal ehwal Islam dan kehidupan umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Tidak bererti bagi seseorang alim ulama untuk terus memegang mana mana jawatan ketua jabatan atau kementerian yang memantau hal ehwal Islam mengambil sikap berdiam diri atau memejamkan mata, memekakkan telinga dan diam membisu bilamana timbul sebarang permasaalahan berkaitan Agama Islam kita dipersada kebangsaan tanpa membezakan akan siapakah dia yang mengutarakan massalah tersebut samada dari pihak pemerintah sendiri, pembangkang mahupun badan badan bukan kerajaan atau individu?

Ulama yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu ikut campor didalam menangani apa apa isu berkaitan Agama Islam kerna tidak mahu terlibat didalam politik hanya ulama su'.

Ulama su' yang mengkhianati amanah dan kepercayaan ummah terhadap mereka dan hanya bersuara bilamana merasakan selamat bagi mereka untuk berlaku demikian di atas dasar tidak mahu berselisih faham atau pendapat dengan pemerintah. Didalam lain pengertian inilah dia 'Ulama Cari Makan'.

Salah silap pemerintah dia buat tak tahu je. Takut kena pecat jika berani bising.

Apalah gunanya ada 'ulama 'rubberstamp' begini? Asyik dok 'Na`am Na`am' memanjang?

Kita tidak perlukan ulama sedemikian.

Ulama begitu eloklah meletakkan jawatan kerana tidak ada gunanya ia memegang jawatan sebagai mufti atau ketua jabatan agama Islam tetapi diam membisu seribu bahasa dari bersuara menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar tak kiralah samada kemungkaran dan kemaksiatan itu dilakukan pihak pemerintah ataupun Baginda Tuanku Tuanku Sultan dan Raja Melayu sekalipun!

Ulama yang diam tidak bersuara menyatakan yang hak terhadap mana mana pemerintah yang tersasar tersilap didalam pemerintahan mereka sama sama bersyubahat didalam kerja kerja maksiat tersebut dan tidak layak memimpin umat Islam didalam hal ehwal mereka.

Saya sudah seringkali menulis menegur para pemerintah supaya mengemaskan hal ehwal rumahtangga mereka terlebih dahulu sekiranya mahu rakyat jelata mengikuti suruhan mereka tetapi sayangnya amat sedikit diantara mereka yang kononnya 'Ulul 'Amri kita yang mahu memerintah isteri masing masing menutup aurat dan menjalani kehidupan sebagai Muslimin dan Muslimat sebenar di tanahair ini.

Para pemerintah negara dan negeri serta kementerian itu dan ini kokok berderai derai di pentas politik tanahair berpekik bagaikan panglima Melayu dan Mujahidin Islam tetapi isteri masing masing bertabarruj macam nak mampos, rambut dikepala masing masing bagaikan singa Afrika semberono terjongos dengan jambul mengalahkan mendiang Elvis Presley!

Tak ada seorang pun mufti atau mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama Melayu Muslim seMalaysia pernah diberitakan menegur kekhilafan pemimpin politik seperti ini sekian lama ini.

Sila tunjukkan pada saya dan sesama Islam di Malaysia ini akan bukti teguran mufti atau ulama muktabar Malaysia jika ada?

Saya sedia menarik balik artikel ini dan menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada ulama berkenaan secara umum di sini!!!

Ramai yang mengirim emel kepada saya meminta saya menulis menegur isteri Perdana Menteri Malaysia kerna menjadi peneraju Festival Fesyen Islam yang tak seIslam mana pun malah menjadi bahan maki hamun kebanyakan umat Islam yang tersinggung dengan cara pendedahan aurat para model antarabangsa di Monte Carlo memperagakan dada dan aurat aurat yang lain secara paling biadap tetapi di raikan sebagai 'fesyen Islam'!!!

Islam siapa?

Jika penerajunya sendiri sudah togel rambut macam singa Afrika macam mana lah nak di harapkan penganjur festival fesyen 'Islam' itu nak memastikan fesyen fesyen yang diperagakan itu menepati piawaian apa yang kita semua sudah terima sebagai busana Muslimin dan Muslimah?

Tengok lah siapa penganjur nya?

Macamanalah intipatinya hendak menepati Syariat Islam jika acuannya sudah memang tidak memenuhi ciri ciri fesyen Muslimin dan Muslimat itu sendiri?

Mana ada suara mufti memperbincangkan perkara ini secara terbuka dengan kedudukan dan kuasa yang diperuntukkan baginya menangani perkara perkara melibatkan maruah ummah seperti ini?

Tak ada kedengaran apa apa pun!

Maka tidak salahlah sekiranya ada yang menuduh para mufti dan ulama kita sebagai mereka yang makan gaji buta!!!

Apa mufti mufti kita mahu digelar begitu?

Setakat dunia ni bolehlah nak membisu, tunggulah sahaja akan azab Allah Subhanahu Wa Ta'ala bilamana meninggal dunia nanti?

Di dunia ini boleh lah nak glamor macam itu dan ini, siap sampai ke tanah kubur pun tak hendak kalah didalam menonjolkan kedudukan duniawi masing masing.

Kat Tanah Perkuburan Mont Kiara dan Jalan Ampang, gah kubur kubur orang yang kononnya VVIP dan VIP, siap meninggikan dinding kubur masing masing dengan marmar itu dan ini, batu nisan siap berukir dengan pangkat dan kedudukan masing masing selama dok hidup, dengan gelaran gelaran kebesaran berjela dipahat sebagai tanda prestij simati, siap dengan 'carpet grass' nya dan bunga bunga hidup ditaruh didalam pasu kristal diganti saban hari oleh penjaga kubur yang dibayar upahnya!

Hello brader! Bilamana sahaja kita yang mengiringi jenazah beredar pergi dari kubur tuan tuan mufti, ulama gitu gini, maka akan datanglah Sayyidina Mungkar dan Naqir menghampiri tuan.

Dia tak ambil 'pot' tentang siapa tuanhamba?

Tan Sri ke Tun ke, dia peduli apa?

Maka akan di soal siasat lah akan tuanhamba, para mufti yang tak mahu mengambil tahu akan hal ehwal duniawi selama memegang jawatan sedemikian dan alpa terhadap tugas dan tanggungjawab memimpin ummah dan menegur para pemerintah selama tempoh tuan tuan bertugas?

Jawablah nanti 'Ana tak campor politik!'

Tengok apa respons mereka kelak?

Bertugas lah kerana Allah!

Jangan dok buat raplah!


MAHAGURU58

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails