Oleh Debra Chong
KUALA LUMPUR, 28 Okt — Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu “kosong.”“Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong,” kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.
Razali juga memberitahu, pemeriksaan dubur dijalankan pada 28 Jun 2008 bukan pemeriksaan klinikal yang pertama dikendalikan ke atas Saiful.
Disoal bertubi-tubi oleh Sankara, beliau yang kini berkhidmat dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengaku, bukan mudah untuk menjalankan pemeriksaan “proctoscopy” ke atas Saiful meskipun dengan menggunakan bahan pelincir.
Penggunaan sebarang instrumen secara tiba-tiba di dubur boleh menyebabkan kecederaan ke atas bahagian-bahagian yang sensitif, kata Razali.
Pada akhir Jun 2008, Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi, pusat perubatan swasta, untuk pemeriksaan ekoran sakit di bahagian dubur sebelum dirujuk kepada HKL.
Laporan perubatan dari Pusrawi, yang bocor tahun lalu, mendedahkan bahawa Saiful tidak buang air besar selepas dia diliwat.
Semalam, Razali tegas dengan pendiriannya untuk tidak merujuk nota klinikal bagi menyegarkan ingatannya.
Walaupun diasak berulang kali oleh Karpal, Razali mendesak bahawa beliau tidak merujuk nota yang diambil semasa pemeriksaan perubatan ke atas Saiful selama tiga jam pada malam 28 Jun 2008.
Mahkamah Tinggi kemudian menolak permohonan lisan Karpal, yang mewakili Anwar, untuk mendapatkan nota mengenai sejarah dan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata pasukan pembelaan tidak berhak mendapatkan nota-nota tersebut kerana ia tidak dirujuk oleh Razali dalam pemeriksaan utama oleh pihak pembelaan.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
The Malaysian Insider

3 comments:
Memang lah kosong takan ada 'anu' tersangkut dalam rektum Saiful kot..kalau tersangkut pun takan Wan Azizah nak diam kot...mengamuk la...tapi kalau doktor check dalam sikit lagi...mesti dapat...dapat ta...ta...ta..hi..hi..
Korang faham tak kenapa dr razali kata rektum saifol kosong.. rektum adalah usus besar yang paling hujung sekali. kosong bermakna saifol dah pun berak* sebelum pemeriksaan dilakukan. kalau tak berak selama dua hari pada masa sama terus melantak, nescaya tahi pada hari pertama dah siap hadam dan dah pun mengeras then lepak kat hujung rektum menunggu masa utk keluar je. tapi kalau kosong dan siap doktor boleh lagi jolok pakai jari bermakna dia dah pun berak* selepas didakwa diliwat. orang kalau dah nak berak* takde maknenya boleh ditahan2.. silap2 berak* batu. bukan ke pelik namanya
Anonymous 11:32pm...
Hang ni doktor ka? atau pakai teori aje...atau hang pernah kena balun punggung!..ingat hang ni terbiasa kena balun punggung...pasal tu hang boleh jawab camtu..kita kalau berak tahi keras pun tentu sakit bila tahi keras tu dah keluar...tapi kes 'barang' masuk...dah terbalik haluan la...maka kesan ia adalah lain...
Post a Comment