Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, October 28, 2010

Tuduhan Liwat : Karpal tuntut dokumen 3 doktor HKL

Tidak sampai dua minit, perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula, ia terpaksa ditangguhkan seketika.

Tindakan itu bagi membolehkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berbincang dengan pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya.

Ini berikutan peguam bela utama, Karpal Singh yang ingin membuat hujahan bagi mendapatkan nota klinikal tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Semalam mahkamah menolak permohonan berkenaan atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama.


8.58am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

Doktor bedah am Hospital Kuala Lumpur - Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil ke kandang saksi.

9am: Karpal berkata beliau ingin mengemukakan semula sama ada hakim memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.

Katanya, kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya.

"Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu.”

Hakim Zabidin berkata keputusannya semalam adalah jelas. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tertutup di kamarnya.

Mahkamah berehat seketika.

9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam.

Masih terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang biasanya hadir tidak kelihatan.

9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin.

9.26am: Mahkamah bersambung.

9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan.

9.31am: Mahkamah sekali lagi berehat apabila Karpal berkeras mengasak saksi bertubi-tubi mengenai perkara berkenaan.

Karpal membantah apabila pihak pendakawaan menuntut beliau supaya berhenti berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba mengahlang peguam menyoal Dr Razali.

Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.

Hakim Zabidin meminta semua pihak terlibat sekali lagi ke kamarnya untuk berbincang - ini kali kedua pagi ini, mereka berbuat demikian.

9.55am: Semua pihak kembali ke mahkamah.

10.02am: Hakim Zabidin memasuki mahkamah. Perbicaraan disambung semula.

10.10am: Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.

Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.

10.20am: Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.

Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Menurut Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.

10.25am: Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.

Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.

10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah.


Malaysiakini

11 comments:

Anonymous said...

Salam!Macam2 alasan diberi itu menunjuk dia ni salah seorang Hakim NERAKA.Wsalam!

Anonymous said...

Hang kerja kilang atau kerja sebagai wartawan...asyik copy & paste aje..aku syor kat hang pi jadi wartawan sepenuh masa lebih...aku cakap camni pasal bila open Malaysiakini berita yang sama hang copy...open lain portal punnnnn hang copy juga...jadi hang punya blog...copy & paste...sama parti hang sokong...macam KERAjaan PP,Selangor & Kedah...hanya follow apa yang kerajaan dulu dah plan...jadi apa rakyat dapat..?????kena kencing ada le...

Kwn hang kg pertama

Anak Sungai Derhaka said...

Buat yang mengaku kawan aku tu..

Kalau hang tak suka ... hang tak payah baca.. itu saja..aku tak suruhpun hang baca..

Yang hang busuk perut tu pasai apa? Blog hang tak dapat sambutan?

Anonymous said...

kesian mamat tu..ko xsuke bace..ko berambusla..bacela utusan..ko ni yg mcm kera..mengelabah xtentu pasal

Anonymous said...

kalau hang tak mau baca jangan buka blog ini....bodoh betul beruk ni..hang pi buka blog mak hang punya.....hang tau la masam kam masim...

Anonymous said...

Hang marah ka..??? baru aku sorang dok komen blog, hang dah marah...kalau 5 orang komen...hang jadi Hulk apa!!.. macam ni ke sifat org PR (Pekena Rakyat) yang kata ia2 nak bela rakyat...camana nak berdepan dgn kehendak rakyat yg berjuta2 tu...pasal tu Allah SWT tak bagi Putrajaya kat hangpa...16Sept..hang fikir sendiri...

Ada komen yang aku hantar tanpa identiti aku 'kwn hang kg pertama' kenapa hang tak siarkan..takut ke??????hang takut pecah lubang...siapa diri hang?aku cabar hang!!!

kwn hang kg pertama

Anak Sungai Derhaka said...

Hang salak.. selagi hang boleh salak..

Tembelang apa hang nak bohong???

Yang aku tau aku semakin hampir.. he.. he..

Anonymous said...

Oii kwn hang kg pertama.. boleh blah la.. aku dulu pun baca utusan melayau, berita hairan.. melambak-lambak berita copy n paste dari reuter, cnn, bbc dan macam-2 lagi.. tak dak pun aku sumpah seranah dorg tu.. klau tak suka tok sah baca la.. sama cam aku skang ni udah 5-6 taun tak baca utusan dan berita hairan.. ape ade hal.. En Anak Sg Derhaka... tak yah layan la mamat bodoh ni... buang masa je..

Anak Sungai Derhaka said...

Betul juga tu Anonymous 5:03..

Aku pun dah rasa buang masa layan mamat yang mengaku kawan aku tu..

Kalau kawan aku depa tak takut nak letak nama sebenar depa.. ni nak letak nama sendiri pun takut..

Tak ada telur kut yang mengaku kawan aku tu..

Anonymous said...

ala tak habis2 lagi malaun ni??? sikap umno memang macam ni... anjing nak berkawan dengan manusia macam ni laaa... anjing suruhan umno hahahaaa.....biar dia menyalak sekor dia...hihihiii

aku pun anak sungai derhaka...

Anonymous said...

hanya follow apa yang kerajaan dulu dah plan...jadi apa rakyat dapat..?????kena kencing ada le..

hari hari follow blog ANAK SUNGAI DERHAKA..jadi apa hang dapat?? tak kena kencing ka???....bodoh sungguh orang yang mengaku kwn hang ASD....

aku pun anak sungai derhaka...

Archive

Related Posts with Thumbnails