Wednesday, October 27, 2010

Tsunami Mentawai : 112 maut, 502 masih hilang

2010/10/27



PADANG: Kadar kematian daripada kejadian tsunami yang memusnahkan rantaian kepulauan Indonesia susulan gempa bumi kuat mencecah 112 mangsa dan lebih 500 yang lain masih hilang.



Gempa bermagnitud 7.7 yang melanda di Kepulauan Mentawai, barat Sumatera lewat Isnin lalu, membentuk ombak setinggi tiga meter memusnahkan 10 perkampungan negara itu.


Ketua Pengurusan Bencana Sumatera Barat, Harmensyah, berkata sekurang-kurangnya 112 terbunuh dan 502 yang lain dikhuatiri hilang. Pihak berkuasa negara itu berkata, air memusnahkan kawasan darat sejauh 600 meter di bahagian Selatan Pulau Pagai, iaitu terkuat dirasai. - AFP








Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails