Friday, October 8, 2010

Selepas Eye On Malaysia.. litar Go-kart pula di Sita..

Melaka.. oh.. Melaka.. Duit tak ada tapi Ketua Menterinya bernafsu besar..

2010/10/08

MELAKA: Litar go kart terbesar di Asia Tenggara iaitu Melaka International Motorsport Circuit (MMIC) yang terletak berhampiran Tol Plaza Ayer Keroh, Melaka, dekat sini, disita sejak 10 Ogos lalu, selepas pengurusannya gagal melunaskan bayaran sewa selama tujuh bulan bermula Januari lalu.

Arahan itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen di sini, selepas menerima permohonan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) selaku plaintif, yang menamakan pengurus gelanggang berkenaan, Lembah Kelang Corporation (M) Sdn Bhd sebagai responden.


Mahkamah menuntut supaya pengurusan litar itu membayar tunggakan sewa kepada PKNM berjumlah RM210,000, bermula dari tarikh 1 Januari sehingga 1 Julai lalu. MMIC adalah tarikan pelancongan kedua terbesar di Melaka yang ditutup dalam tempoh 10 bulan lalu, selepas Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka, akibat masalah kewangan.

Roda gergasi itu sudah secara rasmi menamatkan operasinya pada Jumaat lalu.
Tinjauan Berita Harian di luar litar berkenaan petang semalam, mendapati pintu masuk utama ke kawasan itu ditutup, manakala seorang pengawal ditempatkan bertugas di situ.

MIMC yang dibina dengan kos RM9.9 juta itu, sekali gus menjadi litar go kart terbesar di Malaysia, mempunyai kemudahan litar sepanjang 1.7 kilometer dan 10 meter lebar, selain litar pecut untuk motosikal sepanjang 200 meter.

Litar berkenaan dibina bagi memberi kemudahan kepada orang ramai termasuk dari luar Melaka melakukan aktiviti go kart, selain sukan bermotor lain. Ia boleh menampung sehingga 800 pengunjung dalam satu-satu masa.


Berita Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails