Saturday, October 2, 2010

Reezal Merican jangan buat lawak..

Semakin banyak Ketua Penerangan Pemuda Umno ini bercakap.. semakin terserlah kebodohannya. Semalam beliau dikatakan “hipokrit”,“buta maklumat” dan juga "buta perut" hari ini pula buta perlembagaan..


Pemuda DAP: Reezal jangan persoal hak bersuara, bacalah Perlembagaan
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Loke Siew Fook mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican “hipokrit” dan “juga buta perlembagaan” apabila merumuskan ketua Pemuda DAP itu tidak boleh mempertahankan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu wang ihsan.

“Saya berasa amat lucu dengan maklum balas Reezal kerana ini menunjukkan beliau tidak mampu menjawab hujah saya bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional telah menggunakan sumber hasil perjudian sejak merdeka lagi,” kata Loke.

Pemimpin DAP Sosialis itu menambah, Reezal bukan sahaja buta maklumat dan hipokrit, malah menyifatkan beliau juga seorang yang buta perlembagaan.

Loke merujuk laporan dalam The Malaysian Insider semalam yang memetik Reezal, pemimpin Pemuda Umno dari Pulau Pinang, yang mendakwa beliau tidak mempunyai hak untuk bersuara dalam isu tersebut kerana ini adalah isu Pulau Pinang, malah bukan anak Pulau Pinang.


Oleh itu, Ahli Parlimen Rasah ini menyoal bukankah hak bersuara setiap warganegara Malaysia termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

“Bukankah Pulau Pinang sebahagian daripada Persekutuan Malaysia?” katanya.

“Jadi, mengapa sebagai warganegara Malaysia saya dinafikan hak saya oleh Reezal untuk bersuara tentang sesuatu isu yang bangkit di sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia?” soal Loke lagi.

Sehubungan itu Loke berkata, beliau mahu Reezal menggunakan masanya sebaik-baik untuk memahami Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu daripada terus membuat tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

“Kalau mengikut logik Reezal bahawa seseorang yang bukan anak Pulau Pinang tidak berhak bersuara tentang hal ehwal Pulau Pinang, saya ingin bertanya kepada Reezal sama ada beliau juga mencadangkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak ada hak untuk member komen tentang isu wang ihsan kerajaan Pulalu Pinang kerana Muhyiddin juga bukan anak Pulau Pinang dan berasal dari Johor,” katanya.

Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider semalam, Reezal menyifatkan Loke tidak mempunyai hak untuk bersuara dan campur tangan dalam isu wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipersoalkan pihaknya.

“Beliau (Loke) tiada hak untuk bercakap soal ini (wang ihsan), beliau orang luar bukan rakyat Pulau Pinang.

“Lagipun ini hal rumah tangga rakyat Pulau Pinang, jadi biar rakyat dan Ketua Menteri (Lim Guang Eng) sahaja yang terlibat,” kata Reezal kepada The Malaysian Insider.

Isu ini dilihat sebagai serangan terbaru Umno-BN terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tambahnya, sebagai anak kelahiran Pulau Pinang beliau mempunyai hak untuk membawa rintihan rakyat di negeri itu.

“Saya bercakap sebagai seorang rakyat Pulau Pinang dan apa yang saya cuba bawa ini adalah rintihan rakyat,” katanya mengulas kenyataan Loke terdahulu, yang mengatakan bahawa beliau buta maklumat dan hipokrit apabila mempersoalkan skim wang ihsan dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi.

Loke berkata buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Dalam ulasannya, Loke menambah, Pemuda DAP akan terus bersuara untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat dan membongkar sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Umno termasuk Reezal.

Beliau juga menegaskan pemimpin Umno Pulau Pinang sepatutnya insaf dengan “kebodohan” mereka untuk terus membangkitkan isu wang ihsan kerajaan Pulau Pinang untuk fakir miskin kerana daripada 100,000 warga emas yang telah menerima wang sagu hati RM100 daripada kerajaan negeri, Umno hanya mampu mendapat 40 warga emas untuk memulangkan wang tersebut.

“Itu hanya 0.04 peratus daripada mereka yang memberi keyakinan kepada kerajaan Pulau Pinang,” kata beliau sambil menambah, 40 orang tersebut juga disyaki diperdaya oleh Umno Pulau Pinang.

“Untuk makluman Reezal juga, saya rakyat Malaysia dahulu dan rakyat Negeri Sembilan kemudian.

“Mungkin beliau rakyat Pulau Pinang terlebih dahulu, rakyat Malaysia kemudian? Kegagalan “Satu Malaysia” lagi!” kata Loke.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails