Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, October 26, 2010

Proses penamaan calon PRK Parlimen Batu Sapi bermula


Penyokong-penyokong BN berkumpul berhampiran dengan pusat pencalonan
di Dewan Komuniti Sandakan awal pagi ini.

SANDAKAN, 26 Okt — Proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK)Parlimen Batu Sapi bermula pada pukul 9 pagi di Dewan Komuniti Sandakan di sini hari ini.

Tempoh pencalonan adalah selama sejam, disusuli dengan tempoh bantahan selama sejam dan diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding PRK, yang ditetapkan pada 4 November ini, oleh pegawai pengurus pilihan raya Mohamad Hamsan Awang Supain.


Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong Barisan Nasional (BN) untuk mengiringi calon parti itu, Datin Linda Tsen Thau Lin di pusat penamaan itu. Linda, 54, merupakan balu kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Anggota Parlimen Batu Sapi, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu di Kota Kinabalu.

Parti pembangkang Sabah, Parti Maju Sabah (SAPP) mencalonkan presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan peguam Ansari Abdullah, 56, sebagai calon parti itu.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada di pusat penamaan calon bagi mengiringi calon PKR.

Keadaan cuaca di pusat pencalonan itu baik dengan penyokong calon masing-masing mula berkumpul seawal pukul 5.45 pagi dan berada di pusat itu sebelum 8.30 pagi.

Anggota polis ditempatkan di sepanjang jalan sempit menuju ke pusat penamaan bagi mengawal lalu lintas serta memastikan tiada kejadian tidak diingini tercetus di luar dewan.


Bernama

Archive

Related Posts with Thumbnails