Monday, October 11, 2010

PRK DUN Galas : AKIM Turut bertanding

2010/10/11

KUALA KRAI: Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) akan meletakkan anak seorang bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini.

Bagaimanapun, Presidennya, Hanafi Mamat, enggan menamakan bakal calon terbabit dan beliau hanya akan mengumumkannya pada 23 atau 24 Oktober ini.

Beliau juga menegaskan pembabitan parti itu pada pilihan raya kali ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak untuk memecah undi dalam pilihan raya kecil itu. “Kita akan meletakkan calon dan tetap dengan prinsip parti untuk menegakkan keadilan Islam, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” katanya.


Pilihan raya kecil DUN Galas itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu.

AKIM adalah sebuah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada 1995 dan ia pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu tetapi tewas.

Pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008, Presidennya, Hanafi Mamat, turut bertanding mewakili AKIM tetapi kalah teruk dan hilang deposit.


BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails