Jumlah pilih pembangkang menurun: Kajian
KUALA LUMPUR: Kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapati undi popular Barisan Nasional (BN) tahun ini meningkat empat peratus kepada 55 peratus berbanding hanya 51 peratus ketika Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) yang lalu.Kajian yang dilakukan Jabatan Komunikasi, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan itu juga mendapati, jumlah rakyat Malaysia yang memilih mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang menurun 12 peratus kepada hanya 37 peratus berbanding 49 peratus diterima pada 2008. Bagaimanapun, lapan peratus daripada responden masih tidak pasti parti mana yang mereka akan pilih jika diberikan peluang mengundi pada pilihan raya akan datang.
Kajian dilakukan antara 1 hingga 18 Ogos lalu membabitkan 1,367 responden Melayu, Cina, India dan kaum lain berusia 21 tahun ke atas seluruh negara.
Sebelum ini, satu kajian sama bagi melihat pendapat umum dilakukan pada Ogos 2009 membabitkan 1,458 responden.
Kajian diketuai Azrul Hisyam Wakichan dari Jabatan Komunikasi dan diselia oleh Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, yang juga pensyarah kanan jabatan berkenaan.
Selain itu, sokongan orang Melayu terhadap BN didapati meningkat sebanyak tiga peratus kepada 61 peratus tahun ini, berbanding hanya 58 peratus tahun lalu.
Bagaimanapun, sokongan kaum Cina kepada BN dilihat masih rendah, tetapi meningkat dua peratus daripada 40 peratus tahun lalu kepada 42 peratus tahun ini.
Begitu juga sokongan kaum India didapati menurun daripada 63 peratus tahun lalu kepada hanya kepada 59 peratus tahun ini dengan 14 peratus daripada mereka memilih untuk tidak memihak mana-mana parti politik.
Laporan itu menyebut, peningkatan populariti BN didorong oleh beberapa faktor antaranya keberkesanan pelaksanaan pembangunan oleh kerajaan dan keyakinan rakyat BN sudah mulai pulih daripada kemelut masalah dalaman dihadapi parti komponen BN selain faktor kepemimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.
Penurunan populariti pembangkang pula disebabkan faktor pergeseran sesama ahli dan antara parti serta dan kegagalan mereka menunaikan janji dibuat ketika pilihan raya umum lalu.
Berita Harian

3 comments:
Assalamualaikum,
xperlu percaya kajian ni. sbg salah seorang bekas penuntut di UIAM, sy kenal sgt siapa yg conduct kajian ni. Prof. Syed Arabi Idid tu merupakan org kuat BN. Termasuk jugaklah presiden UIAM, Sidek Hassan (yg merangkap KSU Negara). Dtglah ke UIA dan anda tahu apa dan siapa yg pelajar2 UIA mahukan. Even untuk pemilihan MPP, pihak UIA campur tgn kerana takut dgn pelajar2 yg dikatan cenderung menyokong 'pembangkang'.
Sy betul2 kecewa dgn sikap BN(aka kerajaan yg memerintah) membawa org politik untuk menerajui universiti berprestij spt UIAM.
Sy pernah bertanyakn junior sy, adakah mereka tahu siapakah gerangannya presiden UIA? jwapn mereka tidak. mengapa? jwpnnya mudah. sidek hassan yg merangkap presiden UIA tu hanya dtg bila ada function2 tertentu shj spt jamuan makan, jamuan raya dan yg sewaktu degnnnya !
Terus terang UIA sekarang berbeza dibwah pentadbiran mereka !! Tidak spt waktu Tan Sri Sanusi Junid dan Prof Kamal Hassan .Mereka jauh lebih bagus !
-iman (bekas penuntut UIA)
Pemimpin UMNO yang mengetuai NGO, pertubuhan, persatuan dan pelbagai lagi datang ke majlis cuma hanya tahu nak mencekek, berhibur dan sebagainya. BODOH BETUL. DAH BODOH SOMBONG PULAK TU.
KALAU MACAM TU TAK PAYAHLAH PEMIMPIN-PEMIMPIN BN MELALAK MACAM ORANG GILA
Post a Comment