Sunday, October 3, 2010

Pemilihan PKR : Insiden baling kerusi di Sabak Bernam.

pProses mengira undi bagi pemilihan Ketua dan Ahli Jawatankuasa Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam yang berlangsung di Dewan Tun Razak, di sini, malam ini kecoh apabila berlaku insiden bertumbuk dan membaling kerusi.

Itu adalah laporan dari Lidah Rasmi UMNO..

Dan seperti biasa.. jika ada sebarang pemimpin PKR yang diminta mengulas tentang insiden itu.. Jawapan mereka ialah "Insiden itu telah dicetuskan oleh beberapa orang yang tidak dikenali yang telah dipastikan bahawa mereka itu bukanlah ahli-ahli PKR, mereka telah hadir dalam mesyuarat itu dengan niat menimbulkan kekecohan".. tak percaya? korang tunggulah..

Siasat tidak.. apa pun tidak, keluar kenyataan.. orang luar yang cetuskan kekecohan.. orang luar diupah membuat kacau... YB Orang luar selain dari ahli Cabang mana boleh menghadiri mesyuarat Cabang...

Proses kira undi dicemari insiden gaduh

SABAK BERNAM 2 Okt. - Proses mengira undi bagi pemilihan Ketua dan Ahli Jawatankuasa Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam yang berlangsung di Dewan Tun Razak, di sini, malam ini kecoh apabila berlaku insiden bertumbuk dan membaling kerusi.

Kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu bermula dengan tindakan sekumpulan lapan lelaki membuat bising di luar dewan sambil menendang pintu masuk utama.

Setelah itu, mereka kemudian menyerbu masuk ke dalam dewan sebelum bertindak menimbulkan kekecohan dengan membaling kerusi.

Difahamkan tindakan kumpulan tersebut kerana tidak puas hati dengan proses pengiraan undi yang dikatakan wujud penipuan.


Timbalan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Abu Talib Bujang yang berada di dalam dewan itu cuba menghalang tindakan kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan tercetusnya insiden tolak-menolak dan pergaduhan.

Malah anaknya, Mohd. Fazli yang turut berada di dalam dewan turut cedera di kepala apabila terkena objek keras yang dipercayai serpihan kerusi yang pecah.

Dia seterusnya dihantar ke Hospital Ampuan Jemaah di sini untuk rawatan lanjut.

Ekoran kejadian tersebut, mereka yang berada di dalam dewan telah meluru keluar apabila melihat keadaan yang tidak terkawal itu.

Namun kehadiran anggota polis dan sebuah kereta peronda 10 minit kemudiannya berjaya meredakan keadaan.

Sementara itu, jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Shahrani Saidi yang berada di pintu masuk dewan untuk merakam insiden tersebut telah dikejar oleh ahli PKR yang menuntut supaya diserahkan kamera yang dibawa kepada mereka.

Pergelutan kecil berlaku menyebabkan flash kamera milik jurugambar tersebut terjatuh dan pecah. Shahrani kemudian membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Wartawan akhbar Sinar Harian, Emelda Pasola turut membuat laporan polis kerana trauma akibat digertak dalam kejadian tersebut.

Dalam pada itu menurut isteri Abu Talib, Siti Zubaidah Idris, kejadian itu berlaku dengan pantas dan di luar jangkaan sama sekali.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana keadaan anak dan suaminya yang turut cedera dalam insiden tersebut tidak mengalami kecederaan serius.

Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.15 malam, masih ramai ahli parti yang menunggu di luar dewan kerana tidak mendapat kepastian mengenai sama ada keputusan akan diumumkan atau tidak pada malam ini.

Namun media difahamkan pengumuman keputusan pengundian bagi peringkat cabang tersebut ditangguhkan.

Menurut seorang ahli Cabang PKR Sabak Bernam yang enggan dikenali, mesyuarat agung tahunan cabang itu ditangguhkan dan pengundian dibatalkan.

"Insiden yang berlaku ini akan dimaklumkan kepada pihak ibu pejabat dalam masa terdekat,'' katanya.

Cabang Sabak Bernam menyaksikan penyandang Ketuanya, Dr. Badrulamin Bahron ditentang oleh Abdul Aziz Idris dan Abdul Kadir Abdul Rashid.

Abu Talib sendiri bertanding untuk mengekalkan jawatannya dengan mendapat tentangan daripada Anuar Simin yang juga Pengerusi Tetap cabang berkenaan dan seorang lagi, Muhamad Husin Taib.


Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails