Wednesday, October 6, 2010

Pemilihan PKR : Dalang kekecohan dikenalpasti.

Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengenalpasti individu yang didakwa mendalangi kekecohan dalam mesyuarat cabang Kuala Langat.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata melalui penelitian rakaman video, pihaknya mengenalpasti individu itu di kenali sebagai Abdul Razak Halidi.

PKR, katanya turut mengenalpasti beberapa individu lain yang bukan ahli parti yang turut menganggu proses pemilihan di tiga cabang lain iaitu Kapar, Klang dan Sabak Bernam.

"Kita kenal pasti watak Abdul Razak yang merupakan bekas PKR. Beliau meruapakan bekas ahli Umno selepas itu masuk Keadilan.


"Dalam mesyuarat cabang Kuala Langat beliau hadir," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Di cabang Kuala Langat menyaksikan insiden kekecohan apabila peti undi serta kertas undi ditabur di luar dewan.

Sebelum ini, Saifuddin mendakwa bahawa wujud anasir luar yang cuba menganggu proses pemilihan di beberapa cabang.

Menurut Saifuddin, cabang Klang dan Sabak Bernam selepas semakan susulan diteliti turut disahkan kehadiran bukan anggota parti ketika mesyuarat berlangsung.

"Di Klang dan Sabak Bernam setelah membuat semakan keanggotaan dengan

jabatan pemilihan parti dan makluman pimpinan cabang masing-masing kami mendapati mereka yang terlibat bukan ahli parti.

"Malah perkara itu turut dikenalpasti di Kapar yang mengesahkan bahawa yang membuat kekecohan dan kekacauan ialah bukan ahli parti," jelas beliau.

Saifuddin, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang terbabit.

Katanya, aduan polis turut dibuat ke atas individu yang bukan anggota parti oleh pimpinan cabang mahupun pengawas yang bertugas.

"Aduan polis ada dibuat kae atas anggota yang bukan ahli parti oleh pimpinan cabang atau pengawas yang bertugas. Mereka orang yang tepat membuat aduan," katanya.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails