Thursday, October 7, 2010

PAS, PKR ada peranan bela nasib Melayu

ALOR SETAR – Kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing mempunyai tanggungjawab mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Pas tidak mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

“Pas ada peranan tersendiri(berhubung isu menjaga hak dan kepentingan orang Melayu), begitu juga dengan PKR yang mempunyai peranannya sendiri, kita tidak ada hubung kait dengan Perkasa, biar mereka lakukan dengan cara mereka sendiri,” katanya.

Mengenai cadangan Wira Perkasa Kedah untuk mengadakan rundingan meja bulat bersama Dewan Pemuda Pas, Azizan berkata yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri berkata, itu terserah kepada Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya, sama ada mahu menerima ataupun tidak.


Isnin lalu, Ketua Wira Perkasa Kedah, Shaharol Niza Omar mengesyorkan tiga sayap pemuda di negeri ini iaitu Pemuda UMNO, Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengadakan rundingan meja bulat bagi membincangkan isu-isu yang menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu.

Difahamkan, rundingan berkenaan akan diadakan secara tertutup melibatkan pimpinan tertinggi daripada keempat-empat pihak.

Mengulas lanjut berhubung isu itu, Azizan berkata, sama ada itu satu cadangan yang bagus atau tidak, ia bergantung kepada topik yang akan dibincangkan dalam rundingan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Azizan turut diminta mengulas mengenai desakan 42 cawangan Pas kawasan Kulim Bandar Baharu yang menuntut agar kerusi parlimen itu diambil alih oleh Pas daripada PKR untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

“Apa yang penting sekarang ialah masing-masing perlu berusaha mengukuhkan kedudukan, PKR kena bagi kuat, Pas pun kena bagi kuat untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Difahamkan, isu tuntutan itu mula dibangkitkan ekoran rasa kecewa cawangan terbabit terhadap bekas wakil rakyat PKR yang kini mejadi Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Nordin, yang bukan sahaja berpaling tadah tetapi juga gagal memberikan khidmat kepada masyarakat di situ.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails