Sunday, October 17, 2010

Najib dan Rosmah Ubah Suai Sri Perdana RM65 Juta


Bagi pemilik rumah ini.. RM6500 pun sudah cukuh untuk mengubahsuai
rumahnya yang kian rebah..

Pertama kali Sri Perdana yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri diubahsuai pada tahun 2005 dan telah menelan belanja hampir RM6 juta.

Kini diberitakan pula Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor akan menghabiskan duit Negara sebanyak RM65 Juta untuk mengubahsuai Kediaman Rasmi Perdana Menteri mengikut selera mereka berdua seolah-olah Kediaman Rasmi itu milik mereka.


Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.
Dalam masa yang sama Najib menasihatkan rakyat agar berbelanja secara berhemah, jangan membazir.. tapi beliau sendiri bersikap sebaliknya..


Bayangkan andaikata RM65Juta itu digunakan untuk membina rumah kos rendah buat rakyat, katakana rumah yang berharga RM50 Ribu sahaja, kita akan dapat melihat sejumlah lebih kurang 1300 buah rumah dapat dibina untuk rakyat..

Cuba lihat pada gambar-gambar yang aku sertakan, mereka tidak memerlukan RM65Juta untuk mengubahsuai rumah mereka yang hamper menyembah bumi bagi mereka RM6500 pun sudah memadai. Rasanya kalau diberikan kepada mereka hanya 1% dari RM65Juta itu, pasti mereka sangat berbahagia.. kalau diberikan RM65 Juta.. hmm.. mungkin gila..


Pemilik rumah initidak mampu untuk membaikpulih rumahnya kerana
beliau telah kehilangan pekerjaan akibat ekonomi yang tidak menentu.


Baginya RM6500 pun sudah memadai.. bukannya RM65Juta..


Berapa banyakkah rumah sebegini yang dapat dibina dengan RM65 Juta?

Semua gambar telah dirakam dikawasan DUN Seberang Jaya dalam program Jejak Fakir Edis Deepavali tahun lepas yang dijalankan oleh AMK Permatang Pauh. DUN Seberang Jaya dikuasai oleh Arif Shah dari UMNO/BN..

Ubah Suai Sri Perdana RM65 Juta

KUALA LUMPUR 16 OKT: Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta. Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.

Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.

Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.
Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah.

Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi anggap satu lagi pembaziran dana rakyat.
Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing.

Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.

"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit.

"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk mebiayai kehidupan seharian. "Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali,"katanya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails