Wednesday, October 6, 2010

Lagi di liwat?

Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan - oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.


Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.



Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahimi yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Pada sidang akhbar yang penuh dengan wartawan dan jurugambar ini, Rahimi dengan tenang cuba berdialog dengan kumpulan berkenaan.

"Hentikan sidang akhbar ini! Berapa yang engkau dibayar? Kami tahu apa yang berlaku antara engkau dan Saiful,” jerit seorang lelaki yang kemudiannya dikenali sebagai M Jayabalan berulang-kali.

Rahimi kemudian dengan tenang berkata: "Ini tidak ada kena mengena (dengan perbicaraan di mahkamah). Bagaimana boleh saya berunding jika awak terus menjerit?”

Jayabalan bersama enam yang lain diketuai oleh K Sureshkumar yang menyatakan hasrat bertanding jawatan naib presiden PKR mendakwa mereka berkempen bersama Rahimi ketika pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Juga kelihatan berada bersama kumpulan itu adalah penyokong PKR yang pernah berkempen di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang dimenangi oleh anak perempuan Anwar - Nurul Izzah.

"Kami berada di sini bagi menyokong Anwar. Tidak ada apa untuk didedahkan,” kata Sureshkumar, yang juga adalah pembantu khas Anwar yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal masyarakat India.

Turut berada di lokasi adalah beberapa anggota polis yang memantau perkembangan itu.

Mengapa mengadu tiga tahun kemudian?

Ketika dihubungi, peguam Anwar - N Sankara - menafikan dakwaan bahawa akuan bersumpah itu dibuat secara paksaan.

Pada awalnya, tegas beliau, Rahimi disenaraikan sebagai salah seorang saksi pembelaan Anwar dan dia (Rahimi) membuat akuan bersumpah itu secara sukarela.

Sankara menegaskan bahawa Rahimi tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah itu, tetapi sebaliknya membuatnya secara sukarela.

Lagi pula, tegasnya, mengapa Rahimi menafikannya sekarang selepas kira-kira tiga tahun berlalu.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails