Tuesday, October 19, 2010

Kos bina Istana Negara RM797j

2010/10/19

KEMENTERIAN Kerjaraya menjelaskan kos bagi pembinaan Kompleks Istana Negara di Jalan Duta di sini, dengan keluasan lantai 100,000 meter persegi adalah RM650 juta.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, bagaimanapun, berkata kos itu tidak membabitkan beberapa skop komponen projek yang patut diambil kira. “Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM147 juta menjadikan kos keseluruhan RM797 juta.

“Tambahan peruntukan ini diperlukan bagi menampung kos kawalan keselamatan dan kos lain berkaitan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Lim dalam soalannya meminta Kementerian Kerja Raya menyatakan jumlah keseluruhan kos kompleks itu termasuk pembinaan susur jalan masuk dan keluar, pembelian peralatan pejabat dan perabot serta kos bulanan untuk menyelenggarakan istana berkenaan selepas projek itu siap.


Shaziman berkata, seperti projek pembinaan lain, Kompleks Istana Negara juga memerlukan jalan akses yang sempurna.

“Dalam konteks ini, kos bagi pembinaan jalan susur keluar masuk ke kompleks itu membabitkan persimpangan bertingkat bernilai RM106 juta (penjimatan berbanding anggaran kos asal RM130 juta) dan menaik taraf Jalan Changkat Semantan (pintu 2) bernilai RM32.5 juta.

“Kos operasi dan pengurusan kompleks akan ditentukan selepas keseluruhan projek disiapkan sepenuhnya pada 30 Jun 2011,” katanya.


Berita Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails