Friday, October 15, 2010

Kes Bunuh Sosilawati : Dua di Penjara 7 tahun

2010/10/15

KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini atas tuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain.

Kelmarin, seorang peguam, N. Pathmanabhan didakwa di mahkamah sama dengan niat bersama-sama dengan tiga lelaki lain termasuk seorang remaja belasan tahun membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Semua mereka juga didakwa membunuh pemandu Sosilawati, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38.


Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan dan tiga lagi tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat. - Berita Harian

Pagi tadi..

Kes Sosilawati: Dua lagi dijangka didakwa hari ini


Dua lagi tertuduh kes bunuh Sosilawati, Suresh (dua dari kiri) dan Saravana, dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan pagi tadi. Kedua-dua mengaku bersalah. — Foto oleh Choo Choy May

BANTING, 15 Okt — Dua lagi suspek dihadapkan di mahkamah hari ini dan kedua-duanya mengaku bersalah berhubung tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, pagi ini.

Pertuduhan ke atas mereka — U. Suresh dan K. Saravanan dibacakan kira-kira 11.15 pagi di di Mahkamah Majistret di sini.

Pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil.

Setakat 9 pagi tadi, dua suspek telah dibawa ke mahkamah dan dijangka didakwa bila-bila masa.
Kelmarin, seorang peguam N. Patmanabhan dan tiga pekerja ladang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga yang lain.

Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.- The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails