Saturday, October 16, 2010

Kerana UMNO/BN, setiap rakyat berhutang RM15,000 seorang

PULAU PINANG 16 OKT - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional 2010 yang meningkat lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya hanya membebankan dan secara tidak langsung terpaksa ditanggung oleh rakyat ekoran ketidakcekapan kerajaan mengurus kewangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.

"Jelas sekali peningkatan lebih RM40 bilion ini hanya membebankan rakyat dan ini juga bermakna 27 juta rakyat di negara ini terpaksa menanggung beban hutang berkenaan," katanya dalam satu sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, Pulau Pinang tengahari tadi.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beban hutan berkenaan jika dibahagikan sama rata dengan 27 juta rakyat di negara ini, bermakna setiap rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan.


Dalam buku bajet 2011, jadual 4.6 (Mukasurat 119) Jadual hutang kerajaan pada 2009, mencatatkan hutang dalam negeri berjumlah RM348 bilion merangkumi Bil Perbendaharaan, terbitan pelaburan termasuk bon simpanan berlandaskan syariah 2009 serta sukuk runcit 1 Malaysia 2010, sekuriti kerajaan dan tabung pinjaman perumahan.

Jumlah hutang negara pula ialah RM13,786 bilion termasuk pinjaman pasaran dan pinjaman projek, namun bagi 2010 jumlah hutang dalam negeri meningkat kepada RM390,724 bilion manakala hutang luar negara pula adalah RM17,454 bilion.

Dalam pada itu beliau juga menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa tindakan tidak menaikkan kadar tol untuk tempoh lima tahun akan menguntungkan rakyat.

Beliau menambah, jika dilihat pada fakta yang terdapat dalam buku bajet 2011, jumlah pampasan yang diberikan kepada PLUS dari 2006 hingga 2009 berjumlah hampir RM3 bilion.

Jumlah tersebut, katanya adalah RM655 juta bagi 2006, RM698 juta bagi 2007, RM731 juta bagi 2008 manakala 2009 pula sejumlah RM850 juta wang pampasan dibayar oleh kerajaan pada konsesi tol.

"Jika kerajaan mendakwa, kenaikan harga tol dibekukan untuuk tempoh lima tahun, jelas sekali yang menggusarkan saya adalah rakyat sekali lagi bakal menanggung beban yang lebih berat dengan kadar pampasan yang terpaksa dibayar selepas tempoh kenaikan harga tol dibekukan tamat," katanya lagi kepada media.

Menurutnya lagi angka-angka pembayaran pampasan kerana tidak menaikkan kadar tol sebelum ini sekaligus menangkis dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka mementingkan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tol selama lima tahun kerana hakikatnya kerajaan hanya 'cakap kosong'.

"Ini bukan pentingkan rakyat...ini namanya hanya menguntungkan kroni sahaja," tambah beliau lagi.

Beliau seterusnya mengesyorkan supaya kerajaan mengambil alih terus semua konsesi tol di negara ini secara 'one - off' supaya rakyat tidak akan dibebankan dengan isu pampasan kepada konsesi dan juga kenaikan kadar tol.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails